KLIKKLIK

PERANAKAN SEPERTI JATUH?

Simptom atau masalah yang dialami selepas melahirkan anak,seperti rasa ada sesuatu yang mahu keluar dari anggota kelamin,tidak boleh berdiri tegak atau rasa senak. Semua ini boleh dikaitkan dengan 'rahim jatuh' atau utero vaginal prolapse. Perasaan sesuatu dalam faraj mahu keluar lebih ketara jika anda meneran ketika mahu membuang air besar atau air kecil. Keadaan 'rahim jatuh' ini hanya boleh berlaku kepada wanita yang melahirkan anak melalui faraj.

Namun yang jatuh itu tak semestinya rahim. Otot yang membenteng faraj boleh mengendur akibat tekanan ketika melahirkan anak yang besar atau ketika proses kelahiran yang lama. Trauma atau kecederaan yang berlaku kepada otot benteng faraj membuatkan bahagian itu lemah dan menurun. Jika otot benteng bahagian belakang faraj yang lemah,usus juga akan seperti jatuh. Ini oleh menyebabkan wanita itu rasa senak dan seperti mahu membuang air besar. Jika otot benteng bahagian depan faraj yang longgar, pundi kencing atau salur kencing akan 'jatuh',jadi wanita yang mengalami situasi ini akan kerap rasa seperti mahu kencing,tapi air kencing keluar sedikit, atau terkencing ketika batuk atau bersin.

Kesemua kelemahan ini akan dapat dikesan oleh doktor dengan senang. Jika keadaan itu ringan,mungkin dengan senaman kemutan atau kegel,dapat membantu. Jika tidak gunakan cara lain. Kesemua ini akan dimaklumkan doktor setelah anda menjalani pemeriksaan.

Sumber: keluarga




P/s : Abdomen pain. (Untuk menambahkan pengetahuan)

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: