KLIKKLIK

Cirit-birit | Apa yang perlu dilakukan

Masalah cirit-birit sering melanda nasyarakat negara ini. Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi ia merupakan gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit akan mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam pembuangan najis berair. Ia kebiasaannya akan berhenti selepas rawatan diberi serta-merta.

Bakteria akan memasuki perut melalui usus dan muncul di sesetengah bahagian tubuh. Ia kemudiannya akan menghasilkan toksin lalu menyelinap ke saluran darah. Jenis simptom sama ada cirit-birit, muntah, sakit kepala dan pengsan bergantung pada jenis bakteria yang menjangkiti tubuh.



SUMBER : info pengguna / harmoni

Apa yang perlu dilakukan sekiranya mengalami cirit-birit:
1- minum air putih dengan banyak tetapi minum perlahan-lahan kerana tegukan yang laju akan menyebabkan anda terasa ingin muntah.

2- elakkan minuman beralkohol,berkafeina dan susu.

3- ambil makanan yang lembut seperti bubur,biskut kraker, roti bakar,epal atau pisang yang dimasak.

4- elakkan makanan berlemak,daging atau sayur-sayuran mentah dan makanan yang sukar untuk dihadam.

5- ambil ubat cirit-birit selepas rawatan doktor atau ahli farmasi.

Dapatkan nasihat doktor sekiranya:

1- mengalami cirit-birit berdarah.

2- penurunan berat badan secara ketara.

3- cirit-birit yang membawa kepada dehidrasi.

4- gejala demam.

5- cirit-birit secara berpanjangan.

6- muntah dan loya.

7- kerap sakit dibahagian perut.


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: