KLIKKLIK

TAIROD: apa yang perlu anda lakukan sekiranya disahkan sebagai pengidap tairod

" anda disahkan sebagai seorang pengidap tairod"... Apa yang terlintas di fikiran kpah ialah.. 'apa ke bendanya tairod tu?'

Jadi, apa yang pertama sekali kpah lakukan setelah disahkan sebagai pengidap tairod ialah, mencari seberapa banyak maklumat mengenai penyakit tairod. Apa itu tairod,bagaimana boleh mendapat penyakit tairod,adakah ubat untuk menyembuhkan penyakit tairod dan berbagai lagilah persoalan yang terlintas di kepala.

Melalui pembacaan dan maklumat yang terdapat di internet,kpah berusaha untuk faham berkenaan dengan tairod. Kena fahami apakah tahap penyakit kita dan bagaimana caranya kita nak meneruskan hidup sebagai pengidap tairod.

Selain dari itu kpah juga tak jemu-jemu bertanya kepada doktor di hospital pada setiap kali temujanji. Malahan sehingga sekarangpun kpah masih banyak bertanya.

Kepada anda yang telahpun mengidap tairod,jangan rasa putus asa kerana walaupun terpaksa menelan ubat seumur hidup. Tapi anda masih boleh hidup normal seperti orang lain. Selain dari itu, anda juga boleh menyertai kumpulan pengidap tairod yang terdapat di facebook. Di situ anda boleh berhubung dan berkongsi pengalaman anda sebagai seorang pengidap tairod.

Kepada ahli keluarga ataupun pasangan kepada pengidap tairod,pastinya anda mesti bersabar dengan karenah pesakit yang sentiasa tak menentu moodnya. Dari segi luaran,pengidap tairod adalah seperti orang lain yang normal juga, tapi hakikatnya, penyakit tairod ini banyak masalah dalaman.


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: