KLIKKLIK

TIP cegah penyakit batu karang

Kpah pernah menjalani ujian darah dan juga xray untuk melihat kedudukan batu karang. Alhamdulillah, segalanya normal... Apabila kita menghadapi ketidakselesaan dalam badan kita, eloklah kita bersegera ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Lebih-lebih lagi jika kita ada mengalami simptom-simptom yang menunjukkan mungkin kita ada mengalami penyakit batu karang.

Sumber: MWanita

Penyakit batu karang antara yang sering dihadapi kalangan masyarakat hari ini. Jadi sebelum anda mengalaminya,ambillah langkah pencegahan seperti berikut.

- kurangkan makanan bergoreng. Ini kerana lemak tak tepu dalam makanan bergoreng akan menyebabkan pengumpulan cairan di dalam kantung hempedu sehingga menyebabkan ia menjadi batu ( keras ) kerana sukar diserap oleh usus.

- lemak merangsang kandungan hempedu untuk bekerja lebih keras.

- hindari jenis makanan yang berlemak.

- batasi jumlah kalori yang di ambil. Ini di sebabkan kebanyakan penghidap batu karang juga adalah pengidap obesiti.

- kembali kepada pola hidup yang sihat.

- jalani aktiviti berolahraga secara rutin dan paling penting minum air putih yang mencukupi.

- banyakkan mengambil buah epal atau jus epal. Kajian menyebutkan bahawa epal berkhasiat untuk melembutkan batu karang.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: