KLIKKLIK

KENAPA PENGIDAP TAIROD MESTI BERPANTANG MENGAMBIL SOYA..




Sebagai seorang pengidap tairod, selain dari mematuhi jadual temujanji dan juga mematuhi waktu untuk menelan ubat,kami juga perlu berhati-hati semasa memilih makanan.

Pantang yang paling utama, mestilah berpantang mengambil minuman soya. Kenapa mesti soya? Sebab soya mengandungi goitrogen. Dengan adanya goitrogen ini, ia boleh mengakibatkan fungsi tiroid menjadi lemah. Apabila fungsi tairod menjadi lemah maka badan pengidap tairod juga menjadi lemah dan tak bermaya.

Di sini ada penerangan tentang goitrogen dari Wikipedia.

"Goitrogens are substances that suppress the function of the thyroid gland by interfering with iodine uptake, which can, as a result, cause an enlargement of the thyroid, i.e., a goiter."

Untuk pengambilan bahan-bahan makanan berasaskan soya pula, seperti tauhu..tempe dan kicap, amatlah perlu dikurangkan. Bukan tak boleh makan, tapi kurangkan. Walaupun kesannya tak sekuat air soya, tapi masih perlu untuk dikurangkan pengambilannya.

Pengambilan kobis bunga kobis,brokoli dan sewaktu dengannya, eloklah dikurangkan.

P/s: selepas sejam memakan yong tau fu.. ( kpah cukup suka dgn kulit tauhu yg kelihatan macam telur dadar tu) Maka badan menjadi lemah tidak berdaya. Muka terasa sembab. Akhirnya.. terpaksa bergumpal dalam selimut...

No comments: