KLIKKLIK

GRUP TAIROD DAN ANDA DI FACEBOOK : SALING MEMBANTU DAN MENASIHATI



KPAH rasa amat berbesar hati kerana grup TAIROD DAN ANDA di facebook mendapat sambutan. Selain dari berkongsi masalah kesihatan masing-masing, kami juga saling nasihat-menasihati dan memberi sokongan antara satu sama lain. Di bawah ini adalah 'post' dari salah seorang rakan grup.


Saling Membantu dan Menasihati

" Barangsiapa yang menghilangkan satu kesusahan dari seorang mukmin, Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di hari akhirat dan barangsiapa yang memudahkan kesulitan orang menanggungnya maka Allah akan memudahkan atasnya didunia dan diakhirat."

-H.R.Muslim dan Ahmad-

Renungkan dan muhasabah diri kita!

Sebelum apa-apa, saya minta maaf pada Kpah sebab post ini tiada kaitan dengan tairod (maafkan saya Kpah..)

Saya share ni sebab saya nak luahkan rasa terharu serta penghargaan pada semua ahli grup yang saling bantu membantu & saling menasihati antara satu sama lain walaupun kita tak pernah kenal sesama kita tapi atas dasar persaudaraan, kita berkongsi maklumat, pengalaman, suntikan kata-kata semangat, luahan hati yang buntu, kesulitan, kesedihan serta kegembiraan dengan penuh keikhlasan.

Diri yang sendirian, kebingungan & terkapai-kapai apabila berhadapan dengan ANUGERAH ALLAH ini akhirnya beroleh manfaat dari grup ini lalu kesulitan & kebingungan yang di tanggung menjadi lebih ringan. Betapa besar manfaat yang saya perolehi di sini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan anda semua. 
Untuk Kpah, jasa akak sebab mewujudkan grup yang penuh bermanfaat ni hanya Allah jua lah yang boleh membalasnya. Betapa saya menghargai keprihatinan & keikhlasan hati akak yang sungguh mulia.

Mudah-mudahan kesemua dari kita akan mendapat keberkatan & dipermudahkan didunia & diakhirat kerana telah bersama-sama memudahkan kesulitan setiap mukmin yang menanggungnya di grup ini. Amin ya rabbal alamin...
 
antara komen dari rakan grup:
-Tesentuh hati,sedih,gembira n terharu bila baca ni,mudah2an kite smua dberkati Allah dgn stiap nasihat n kate2 perangsang yg dluahkn kt sini.. Ya Allah Ringanknlh DugaanMU Dn Permudahknlh Urusan Kami DiDunia Dn Akhirat..Aamiin
-Sobsobsob..aamin..insyaAllah..Allah hanya memberi dugaan kpd mereka yg mampu menanggungnya shj dan sesungguhnya kita semua amat disayangiNya sbb itulah kita semua diuji..
 Kpah K-poh SharifahNor Huwaaa..Ya Allah...terharunya...Kpah pun nak ucap terima kasih juga kepada anda semua rakan2 dlm grup ini kerana begitu perihatin dengan apa saja masalah yang terpaksa diharungi oleh rakan2 yg lain. Juga terima kasih kerana sudi mengisi ruang post.. Tak salah jika kita kongsi apa saja kata kata kebaikan..kata kata hikmah..utk kekuatan semangat dan ukhuwah sesama kita...

No comments: