KLIKKLIK

Papillary Throid Carcinoma

FB : TAIROD DAN ANDA

Salam,
Rasa tak percaya tapi memang itu hakikatnya.
Kpah K-poh SharifahNor, akhirnya result biopsi menunjukkan saya kena 'Papillary Throid Carcinoma'. Muka saya dah cuak sebab ingat nak cakap nodul ke apa, pastu doktor panggil pakar profesor dan bila dia cek, borak2, terus dorang kata kena operation asap. Lagi lah saya rasa nak pitam, sebab sebelum ni tak penah ada simptom macam rakan yang lain, cuma seminggu je sakit nak menelan.
Lepas discuss dengan doktor, so saya akan dibedah isnin ni, (sebenarnya full, tapi mereka terpaksa tolak patient tonsil) untuk kes saya. Lagi lah rasa down sangat, tinggal tak nangis jer. So, saya tanya doktor, tu jenis kanser ke? dia kata ya, untuk umur saya 20-30an. So, doktor akan buang terus 2 kelenjar.
Walaupun dari luar tak nampak besar pun, sebenarnya kat dalam tu kita tak tahu besar mana, dan untuk mengelakkan pembedahan 2x. So lepas ni, saya akan diberi ubat pengganti kelenjar tiroid dan kalsium juga. Jumaat ni kena buat cek darah dan sebagainya. Ahad masuk wad, isnin bedah. Pastu saya tanya pasal RAI, doktor kata akan buat pemantauan dulu, kalau rasa sisa2 cancer tu ada, kena buat juga.
Macam cepat sangat. Nak tanya xperience kawan2 lain yang penah buang kelenjar tiroid ni, berapa lama masa diambil, pantang makan macam mana, cuti berapa lama dan lain2. Mohon doa semua, terima kasih.


~ kpah k-poh ~

No comments: