KLIKKLIK

TAIROD DAN MASALAH KULIT


Assalamualaikum. Rakan taulan grup TAIROD DAN ANDA. Apa khabar kalian? Kpah baru saja pulang dari bercuti di kampung halaman di Pasir Mas,Kelantan.
Semasa di kampung, kpah telah berkunjung ke rumah ibu mertua Abang Long kpah.ibu mertua (MA) beliau merupakan seorang pengidap tairod juga.
Bermula dengan menghadapi masalah pada jantung..kemudian menghadapi masalah pada kulit, kemudian baru dikesan mengidap tairod.
Jika dilihat pada gambar, MA mempunyai kulit putih melepak sepenuhnya. Bulu2 roma,kening beliau juga putih sepenuhnya. Penglihatan beliau jadi kabur dan sangat sensitif kepada cahaya matahari. Kelihatan seperti pengidap masalah ALBINO.
Tetapi beliau bukan Albino.. Beliau seperti kita juga..malahan berkulit agak coklat sebab bekerja bercucuk tanam. Bermula dengan kulitnya bertompok2 putih di tangan kemudian sikit-sikit di bahagaian badan sehinggalah sepenuhnya putih,cuma ada satu dua tompok dari warna kulit beliau yang asal.
Sekarang beliau hidup sebagai pengidap tairod. Tidak pasti pulak kpah sama ada hyper atau hypo tetapi beliau memang tidak ada bengkak.


~ kpah k-poh ~

No comments: