KLIKKLIK

TAIROD | JENIS-JENIS KANSER TIROID

- Tumor Papilari
- Tumor Medula
- Tumor Folikel
- Tumor Anaplastik


TUMOR PAPILARI
Tumor jenis ini berkembang di dalam sel-sel yang menghasilkan hormon tiroid yang mengandungi iodin.
Tumor ini lazimnya tumbuh secaa perlahan. Walau bagaimanapun, tumor ini boleh merebak ke nodus limfa pada leher atau berdekatan dengannya.
Kebanyakan tumor jenis ini dapat dirawat walaupun sel-sel tetsebut telah merebak ke Nodus limfa yang berdekatan. (Bergantung kepada subjenisnya dan kesempurnaan pembedahan, serta tahap penyakit).

TUMOR MEDULA
Tumor jenis ini menjejaskan sel tiroid yang menghasilkan hormon yang tidak mengandungi iodin.
Tumor jenis ini tumbuh secara perlahan tetapi lebih sukar dikawal daripada Tumor Papila dan Folikel. Kanser tersebut merebak ke bahagian lain dalam tubuh.

TUMOR FOLIKEL
Tumor ini berkembang di dalam sel-sel yang menghasilkan hormon yang mengandungi iodin, dan mempunyai suatu lapisan tisu nipis di sekelilingnya yang dinamai Kapsul.
Banyak tumor Folikel boleh dirawat. Tetapi ianya mungkin sukar dikawal sekiranya tumor tersebut telah menembus masuk ke dalam salur darah atau tumbuh melepasi kapsul ke dalam struktur yang berdekatan dengan leher. ( bergantung pada subjenisnya dan kesempurnaan pembedahan, serta tahap penyakit).

TUMOR ANAPLASTIK
Tumor jenis ini ialah tumor tiroid yang tumbuh paling cepat dan boleh merebak dengan pantas ke bahagian lain dalam tubuh.

Sumber : INSTITUT KANSER NEGARA

~ kpah k-poh ~

No comments: