KLIKKLIK

KEKURANGAN KALSIUM | ICU | THYROID

Semasa pembedahan membuang semua kalenjar tairod ( TOTAL THYROIDECTOMY ), keseluruhan kilang kalsium (PARATHYROID) yang berada di belakang Kalenjar Tairod akan turut terbuang sama. Walaupun ada juga yang berjaya diselamatkan.

Apabila menghadapi situasi tidak ada kilang kalsium lagi,maka badan kita tidak berupaya untuk mengeluarkan bekalan kalsium yang mencukupi untuk badan. Keadaan yang paling merisaukan ialah apabila badan menjadi kebas dan kejang. Apabila ini terjadi,pengidap mesti segera dikejarkan ke hospital yang berdekatan.

Di bawah ini merupakan pengalaman rakan dari Fb Grup TAIROD DAN ANDA . Beliau telah melalui situasi yang kritikal apabila terpaksa di tempatkan di wad ICU selama 4 hari akibat kehilangan kalsium selepas pembedahan.

(BUKAN SEMUA YANG AKAN ALAMI SITUASI SEPERTI INI SELEPAS PEMBEDAHAN.

Salam petang,

Kisah saya agak panjang.Boleh baca jika bersabar.

Tahun 2014,ketika saya diunit ICU,ada byk wayar berselirat dibadan.Kebanyakannya mcm utk detect nadi/degupan jantung.

Salah satunya, hos yg dicucuk disaraf tangan.Ada cecair jernih(yg mungkin cecair kalsium).Sama ada dititiskan secara graviti atau ikut sukatan presure ml/hour menggunakan mesin.

Sebaik habis,nurse gantikan dgn stok baru.Rasanya non stop.Adus...

Saya di ICU 4 hari.Seingat saya hari kedua saya merayu kpd doctor supaya hentikan sementara cecair yg disuntik itu.

"Please doc,tanggalkan hos ini sekejap pun tak apa.."

"Dapat setengah jam ke sejam pun ok"
Saya merayu.Please.....

Saya akui,ketika itu doktor khuatir 'kerenah' permintaan saya.Berdasarkan laporan/result perubatan saya,mmg tak mengizinkan berbuat begitu.
Akhirnya doc setuju,walaupun bimbang menguasainya.

Kenapa saya merayu? Ya,benar saya mmg merayu sesangat pd tu.

Sebabnya,ketika cecair yg masuk ke urat saraf tu menyebabkan kepala saya berdegung yg amat sangat.
Bila diketuk kepala dgn jari,semacam terdengar mcm ada 'air' dlm kepala.Bila digeleng gelang kepala kiri kanan,macam ada air berkocak dalam otak!

Muka rasa sembab dek air.Tak tertahan rasanya.Otak rasa pusing2.Mahu longlai dan nak pengsan rasanya.

Rasanya kalau berterusan cecair tu masuk,mahu saya pengsan masa tu atau mati terus tanpa sy sedar.

Seriusnya,saya masa tu amat takut.

Kenapa?

Sebabnya, saya teringat biras saya meninggal di hosp sbb Telesemia.Sehari sebelum arwah meninggal,sy melawatnya di ICU.Di wad tu,arwah berkata agak lemah kpd saya dl logat Kelantan:

"Tok teyhe kawe.Air banyok sangak"
"Dengung palo sungguh.."

Saya hanya suruh arwah bersabar shj.Teruskan rawatan spt arahan doc.Arwah cuma pasrah.Mukanya,tangannya,kakinya sembab dek air.Arwah cuma terlantar dikatil ditemani oleh mesin mesin.

Esok ptgnya,kami ziarah arwah sekali lagi.Tapi dlm keadaan dah koma/pengsan.Takde apa nak sembang dgn pesakit.Terpaksa tunggu luar wad.

Dalam sejam tu,nurse panggil waris dan suruh baca Yassin,sbb arwah tak dpt diselamatkan.Mesin yg ada cuma alat membantu sahaja.

Teringat peristiwa itulah,ketika saya masih sedar di ICU saya benar benar desak doc to stop all these hose.

Kalau saya tak desak utk stop that cecair yg disuntik,mungkin saya pengsan dan mati kt ICU.

Alhamdulillah,semuanya baik sebaik cecair tersebut dihentikan sementara.Saya lebih 'sihat'.Kepala pun tak pusing berdegung.Selepas sejam kot,nurse pun sambung suntik/masukkan cecair semula.But for this time,I feel better and healty.

Kisah saya ini mungkin ada kaitan dgn kes yg berkaitan dlm gambar.

Kalau tak alami sendiri,kita tak tahu.
Bukan nak menakutkan,cuma sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri.

Hanya Allah yang tahu.

Nota:Kata kata semangat rakan TDA semasa sy di hosp memberikan seribu harapan dan keceriaan kpd sy sehingga sekarang.Saya tak lupa sampai bila bila(walaupun org tairod ni pelupa..)

...Wassalam.


No comments: