KLIKKLIK

TAIROD | Dr Arif Shahar | TIDAK SEMUA PENYAKIT TIROID MEMERLUKAN PEMBEDAHAN |




Sumber : TAIROD DAN ANDA

TIDAK SEMUA PENYAKIT TIROID MEMERLUKAN PEMBEDAHAN

Pada hari ini, saya akan berkongsi tentang 2 contoh penyakit tiroid dan rawatan berkaitan. Tujuannya supaya sesiapa yang membaca memahami bahawa tidak semua penyakit tiroid memerlukan pembedahan.

1. Graves disease (salah satu penyebab hipertiroidism)

Ia disebabkan oleh proses 'autoimmune" - antibodi badan sendiri menyebabkan kelenjar tiroid bekerja dgn lebih keras untuk menghasilkan hormon tiroid. Ini menyebabkan hormon tiroid berlebihan (hipertiroidism). Biasanya, penyakit graves disease ini terkena kepada golongan muda. 20% pesakit (maksudnya 1 daripada 5 pesakit) boleh baik terus selepas makan ubat anti-tiroid (carbimzaole atau PTU) selama 18 atau 24 bulan. 80% pesakit memerlukan rawatan definitif seperti radio iodine. Biasanya PEMBEDAHAN TIDAK DIPERLUKAN untuk penyakit tiroid jens ini.

2. Multinodular goitre (MNG)

Penyakit ini boleh menyebabkan hipertiroid (toxic multinodular goitre), hipotiroid atau tidak menyebabkan apa-apa gangguan hormon tiroid. Biasanya, penyakit ini terkena kepada mereka yang lebih berumur. Dalam kes seperti ini, doktor anda mungkin akan memberikan ubat anti-tiroid untuk mereka yg mengalami hipertiroid dan ubat hormon thyroxine kpd mereka yg mengalami hipotiroid.

Biasanya penyakit ini lebih mudah dikawal berbanding graves disease. Pesakit MNG tidak memerlukan pembedahan melainkan sekiranya goitre atau bengkak tersebut sgt besar sehingga menyebabkan tertutup salur pernafasan dan makanan yg menyebbkan susah bernafas dan susah telan.... atau sesetengah kes, utk tujuan kosmetik (bagi nampak cantik sbb suami suka)

Jika doktor menawarkan pembedahan.. pastikan ianya total thyroidectomy (buang semua kelenjar tiroid) dan bukan hemithyroidectomy (buang separuh). Jika hanya separuh kelenjar shj dibuang utk MNG, dalamasa 10 tahun, kelenjar tiroid yg tinggal akan besar semula.. inshaAllah

Jangan lupa berbincang dengan doktor tentang kebaikan dan komplikasi pembedahan yang ditawarkan.

Semoga bermanfaat.

Dr Arif Shahar
Pakar Perunding Perubatan dan Endokrinologi
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


~ kpah k-poh ~ copy paste 17/4/16

No comments: