KLIKKLIK

Dr Arif Shahar | RINGKAS: PERGELUTAN ANTARA MULTINODULAR GOITRE (MNG) DAN GRAVES DISEASE

RINGKAS: PERGELUTAN ANTARA MULTINODULAR GOITRE (MNG) DAN GRAVES DISEASE

"Minggu lepas, pegi hospital A, doktor cakap sy menghidap graves disease... tp bila buat scan kat hospital B, hari ni doktor bagitau sy menghidap multinodular goitre plak .. mana satu ni?"

Biasa terjadi kpd anda? Bukan sahaja pesakit, bahkan doktor yang kurang berpengalaman juga mengalami kekeliruan yang sama. Hari ini, saya akan kongsikan sedikit maklumat utk memperbetul kekeliruan yg sering berlaku ni..

Kedua2 jenis penyakit (mulnonodular goitre dan graves disease) adalah penyebab hipertiroidisma (hormon tiroid berlebihan)

Pada dasarnya kedua2 diagnosis dibuat secara klinikal. Iaitu doktor akan melihat ciri2 pesakit. Contohnya sekiranya seorang pesakit sudah berumur datang dgn tanda2 hipertiroidisma dan mempunyai bengkak pada kelenjar tiroid yg mempunyai banyak "benjolan" (multiple nodule atau multinodular), pesakit tersebut dikatakan menghidap multinodular goitre. Ultrasound tiroid diguna untuk mengesahkan kehadiran "benjolan-benjolan" tersebut.

Sebaliknya, sekiranya pesakit adalah wanita muda menghidap hipertiroidisma mempunyai bengkak kelenjar secara keseluruhan (diffuse goitre), pesakit boleh jadi menghidap graves disease. Grave disease disahkan dengan ujian darah antibodi TSHR.

Jadi, jika anda wanita muda mempunyai masalah hiperthyroid dan antibodi TSHR anda adalah positif, anda penghidap GRAVES DISEASE dan BUKAN MNG walaupun scan tiroid anda menunjukkan banyak benjolan pada kelenjar tiroid (multinodular)

Kenapa nak susah2 bezakan antara MNG dan grave disease? Mmg la penting... sebab rawatannya kan berbeza... jadi tanya doktor pakar anda :)

Dr Arif Shahar
Pakar Perunding Perubatan dan Endokrinologi
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


~ kpah k-poh ~ copy paste 23/4/16

No comments: