KLIKKLIK

TAIROD | KANSER TAIROD SECARA UMUM




SUMBER : FB Get Well By Doc K

KANSER TIROID SECARA UMUM

Tiroid merupakan kelenjar endokrin di bahagian hadapan leher setiap manusia normal, berfungsi untuk mengawal metabolism badan. Pelbagai penyakit boleh menyerang kelenjar tiroid dan ianya merupakan masalah kesihatan biasa dengan jumlah pesakit yang ramai di setiap hospital, Namun demikian, sehingga kini lebih separuh dari bilangan pesakit tiroid masih belum menyedari mereka sebenarnya menghidap penyakit itu. Dalam berpuluh-puluh jenis penyakit tiroid yang ada, penyakit yang paling ditakuti ialah kanser tiroid.

KANSER TIROID

Terdapat empat jenis kanser tiroid iaitu papilari, folikular, medulari atau anaplastik.
Kanser tiroid papilari dan folikular merupakan jenis kanser tiroid paling lazim dijumpai berbanding jenis lain di mana ianya bermula pada sel folikular pada tiroid. Kanser jenis ini secara amnya tumbuh dengan perlahan dan jika dikesan lebih awal, kebanyakan pesakit akan dapat bebas dari kanser jenis ini setelah menjalani rawatan
Kanser tiroid medulari pula terdiri daripada lima hingga 10 peratus kes kanser tiroid yang muncul dalam sel C kelenjar tiroid tetapi ia lebih mudah dikawal jika dikesan dan dirawat sebelum merebak ke bahagian lain. Kanser ini juga berkait rapat dengan beberapa kanser dan tumor pada organ-organ lain dan perlu diberi perhatian lebih khusus oleh pakar bedah endokrin
Kanser tiroid anaplastic merupakan jenis kanser tiroid yang paling kurang ditemui (hanya satu atau dua peratus) dan timbul dalam sel folikular. Sel kanser jenis ini amat luar biasa dan sukar dikenal pasti. Ia juga sukar dikawal berbanding sel kanser lain kerana biasanya tumbuh serta merebak dengan pantas. Kebanyakan pesakit dengan kanser anaplastic kebiasaannya mempunyai harapan yang tipis untuk disembuhkan

SIMPTOM

Peringkat awal kanser tiroid lazimnya tidak menimbulkan sebarang simptom namun apabila kanser itu membesar, beberapa tanda yang boleh dilihat adalah;

- Benjol atau bintil di depan leher atau berhampiran halkum.
- Suara menjadi parau dan sukar bercakap dalam nada normal.
- Nodus limfa bengkak terutama di leher.
- Sukar menelan atau bernafas
- Sakit pada tekak atau leher.

Bagaimanapun simptom berkenaan tidaklah sensitif dan spesifik menjamin wujudnya kanser tiroid kerana pelbagai penyakit tiroid bukan kanser yang lain juga boleh menyebabkan symptom yang
Sesiapa yang mempunyai tanda-tanda tersebut dinasihatkan berjumpa doktor secepat mungkin kerana doktor sahaja yang mampu mendiagnosis dan merawatnya.

DIAGNOSIS

Sekiranya pesakit menghidap simptom yang mencadangkan kewujudan sel kanser tiroid, doktor akan memulakan sesi dengan bertanyakan mengenai sejarah perubatan diri dan keluarga diikuti dengan pemeriksaan fizikal serta beberapa siri ujian pengimejan dan makmal untuk mengesahkan kehadiran kanser tiroid.

Ujian darah: Doktor akan menguji darah pesakit untuk sebarang ketidak normalan paras hormon rangsangan tiroid (TSH) serta aras tiroid hormon dalam darah.
TSH terdiri daripada kelenjar pituitari dalam otak dan mampu merangsang pelepasan hormon tiroid serta mengawal kepantasan pertumbuhan sel folikular tiroid.

Ultrasonografi: Alat ultra bunyi menggunakan gelombang bunyi melantun pada tiroid dan komputer menggunakan gema untuk menghasilkan imej dipanggil sonogram dimana dari imej yang terhasil, doktor boleh mengenal pasti bilangan nodul, saiz dan mengenalpasti karekter nodul yang mendatangkan bahaya kepada pesakit.

Pengimbasan Radionuklida: Doktor mengarahkan pengimbangan perubatan nuklear yang menggunakan sedikit bahan radioaktif untuk menimbulkan imej nodul tiroid.

Biopsi: Pembuangan tisu untuk mencari sel kanser dipanggil biopsi. Ia boleh menunjukkan kanser, perubahan tisu yang boleh mengakibatkan kanser dan keadaan lain. Biopsi merupakan satu-satunya cara terbaik untuk mengesan sama ada nodul itu bersifat kanser atau tidak.

RAWATAN

Rawatan untuk kanser tiroid adalah bersifat individu bergantung kepada tahap penyakit pada masa diagnosis dibuat. Pada masa ini, pendekatan terbaik adalah melalui kaedah pembedahan diikuti rawatan susulan yang lain termasuk radio-iodin terapi, radioterapi serta kawalan hormon. Pesakit yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk disembuhkan dengan kaedah rawatan moden diikiuti dengan rawatan susulan seumur hidup.

~ kpah k-poh ~ copy paste 29/4/16

No comments: