KLIKKLIK

PENGALAMAN PEMBEDAHAN TIROID

Sumber : FB TIROID DAN ANDA

9:30 pagi 12/7/2016

Assalamualaikum warga TDA.

Saya dan isteri adalah 'silent reader' sejak joined group ni March lepas. Terlalu banyak informasi dan tip2 bermanfaat yg kami perolehi dari sini. Terima kasih atas perkongsian semua.

8:30 pagi ini wife dah disorong masuk ke Dewan Bedah utk total thyroidectomy di bawah seliaan Prof Rohaizak Muhammad. Jika sudi, mohon doa tuan-tuan dan puan-puan semua ya. Terima kasih.

'Wala takilni ila nafsi, thorfatain'.

Salam Aidilfitri dari HUKM SC, Cheras.



5:00 petang 12/7/2016

Assalamualaikum warga TDA.

Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan pada semua yang terus mendoakan isteri saya. Mohon saya kongsikan sedikit kemas kini untuk yang menanti perkembangan seterusnya.

Alhamdulillah, pembedahan bermula seawal jam 9 pagi (anggaran saya) dan selesai sekitar jam 11.30 pagi. Bersua dua kali dengan Prof Rohaizak Muhammad di depan pintu masuk, sebelum dan selepas prosedur. Sempat berbual ringkas mengenai status pembedahan. Hati lega dengar penerangan Prof. Tiada yang perlu dirisaukan setakat ini.

Usai azan Zohor berkumandang jam 1:30 tengah hari dari telefon bimbit, kelibat isteri ditolak keluar dari Kompleks Dewan Bedah. Hampir sedar sepenuhnya ketika menuju ke Wad Sutera. Di sisi katil, kelihatan 'thyroid gland' disimpan rapi dalam balang berisi cecair pengawet. Sempat 'snap' beberapa keping foto untuk kenangan kemudian hari. Pandangan dari luar balang, fizikal dan saiznya besar seperti yang telah kami sedia maklum daripada penelitian CT scan.

Setiba di wad, isteri bersuara walaupun perlahan. Ahh....Hati lega lagi. Baju OT ditukar kepada baju Wad, 'drip' digantung dan pam kecil pengalir darah dari lokasi torehan diletak kemas. Isteri tidur sebentar sebelum bangun, "dahaga ayaq" katanya. Tiada masalah minum dari straw biarpun perlahan-lahan.

Sejurus, Prof sampai. Isteri tiada tanda mahu muntah, jadi boleh ambil makanan (bubur yang disediakan). Cadangan Prof supaya berikan ais krim dahulu (untuk keselesaan tekak), disambut baik - adik ipar pantas ke koperasi di bawah dan sambar 2 mangkuk. Sama-sama habiskan. Hehehe... Benar sekali, lepas menikmati ais krim, isteri lebih rasa selesa untuk menelan. Bubur disuap berhati-hati, hampir habis separuh pinggan. "Lapaq...." katanya, sejak semalam berpuasa sehingga selesai pembedahan.

Seronok dan terharu bila dapat menyuap si isteri, rupanya ujian sebegini (biarpun tak sehebat orang lain yang lebih mengharukan sakitnya) membawa hikmah yang tak ternilai. Rasa lebih rapat, lebih menghargai dan paling penting, lebih pergantungan pada yang-Esa.

'Last but not least', Arcoxia 120mg menanti. Biarpun tiada tanda kesakitan, ditelan jua semoga dapat tidur dengan lebih selesa dan nyenyak.

Alhamdulillah, alhamdullillah, alhamdulillah.

- Bersambung...

6:45 pagi 14/7/2016

Assalamualaikum warga TDA.

Perkembangan untuk hari ke-2 (semalam) dan ke-3 (hari ini) dikombinasikan sekaligus bagi menjimatkan ruangan menulis. Hehehe..

Isteri sudah mampu minum dan makan seperti biasa, masih diberi diet bubur berserta menu lain. Syabas pada 'team diet pemakanan' di sini, sajian yang dihidangkan memang menyelerakan. Kami pesan 2 set untuk setiap waktu hidangan, bermula dari seawal pendaftaran di wad sehinggalah sewaktu coretan ini ditulis. 'Portion' yang dihidangkan mencukupi dan ada ketika, tak habis sebab perut sudah tiada ruangan untuk diisi. Padat-sepadatnya huhuhu...

Hari ke-2 selepas pembedahan, pemantauan ditumpukan pada tahap kalsium, tekanan darah dan suhu badan. Seperti biasa, Prof Rohaizak Muhammad tiba untuk 'ward round' seawal jam 9 pagi untuk meneliti perkembangan isteri. Hari ini pertama kali bertemu pil 'thyroxine' yang bakal jadi teman setia isteri seumur hidup. Kecil sahaja rupanya.

Pil kalsium juga diberikan pada dos 100mg x 3 kali sehari setakat ini, bacaan kalsium sekitar 1.97 berbanding normal iaitu 2.2. Isteri tidak mengadu tanda-tanda kebas melampau, sekadar sedikit kebas pada kaki kerana kurang pergerakan di atas katil. Suhu badan dan tekanan darah juga berada dalam julat normal, walaupun ada ketika tekanan darah sedikit rendah, mungkin kerana berehat pada kadar berpanjangan.

Tiada aktiviti luar biasa pada hari ke-2, sekadar menerima kunjungan beberapa tetamu. Selebihnya, saya sendiri berehat, bekerja dari wad (laptop dan ipad dibawa sekali untuk memudahkan komunikasi dengan pejabat dan keluarga) selain menyelesaikan tugasan utama menjaga 'si dia' tercinta. Tak lupa juga kamera GoPro yang diusung ke sana ke mari sejak hari pertama, merakam visual imej dan video untuk kenangan kemudian hari.

Hari ke-3 (hari ini), jam 10 pagi saya pula akan menjalani fisioterapi di aras 'Ground Floor' HUKM berikutan masalah 'slip disc', di bawah kategori 'disc bulge'. Tidak terlalu serius, tapi cukup untuk buat saya berhenti seketika daripada aktiviti sukan ekstrem dan menilai kembali postur duduk dan tidur yang betul.

Wah, sarapan dah sampai!
Nasi lemak dan penkek.

Makan dulu yee...:)

Dicopypaste oleh:
~ kpah k-poh ~

No comments: