KLIKKLIK

GOROTEX TYROPLASTY | TIROID | PETI SUARA | TIROID DAN ANDA

SUMBER: Rakan FB TIROID DAN ANDA

Salam semua. Syukur alhamdullilah sebab dapat masuk group ini. Kawan saya EB terima kasih add saya ke group ini.
Saya total tyroidectomy 22/2. Terpaksa operate sebab selalu sesak nafas. Doktor cakap bengkak ke dalam dan menghimpit salur pernafasan.

Laporan radiologi:
Both tyroid lobesare hetengerous with multiple mixed solid cystic nodules.
Right lobe 3.9 x 5.0 x 7.6 cm
Left lobe 2.6 x 4.2 x 8.4 cm
The largest nodules is at isthmus measures 2.9x3.6cm.
Multinoduler goiter.

Selepas operation saya cuba minum air guna straw tapi tersedak sehingga tidak dapat bernafas dalam beberapa saat. Doctor inject ubat tahan sakit tapi termuntah ubat tu. Rupanya side effect ubat tahan sakit tu. Doctor terpaksa inject ubat tahan muntah. Satu malam Dr. Sa...jaga saya. Beberapa kali doctor tanya nak ubat tahan sakit atau tidak. Saya jawab tidak. Tidak sanggup muntah lagi. Terlalu sakit. Jadi fobia dengan ubat tahan sakit walau pun akan diberi ubat tahan muntah. Kedua - dua buku lali saya sakit. Begitu juga pinggang saya. Gigi pun sakit sangat. Entah kenapa lain tempat pula sakit.

Keesokan hari tu doctor yang operate saya bagi ubat untuk melegakan tekak. Ubat tu seperti minyak kayu putih ditambah dengan air panas dan diisi di dalam jug. Macam jug batu. Saya kena sedut perlahan - lahan. Tidak tahu apa nama ubat tu sebab ada juga doctor hairan tengok benda tu.

Sebenarnya pertukaran doctor berlaku untuk kes operation saya. Di OT baru terbaca nama doctor in charge. Sempat lagi saya tanya mana doctor yang sepatutnya operate saya masa tu. Mereka cakap doctor tu ada kes lain. Ya Allah saya mula takut masa tu. Saya tak kenal doctor tu. Dia tak pernah check/ jumpa saya sebelum ni.

Hari ke 4 saya dibenarkan pulang ke rumah. Saya makan bubur saja. Takut makan nasi sebab tekak masih sakit. Selepas discaj saya ada appointment dengan doktor gigi, ENT, ORL dan Ortopedik.

Sebulan lepas operate doctor ENT pasang rice tube sebab peti suara kiri tak gerak. Risau sisa makanan masuk dalam peparu. 10 hari saja bertahan. Ya Allah sakit sangat tube ni. Sakit tekak, sakit telinga. Saya ke hospital berhampiran untuk membuka rice tube. Macam mati hidup semula. Sepanjang 10 hari saya asyik terbaring kesakitan oleh rice tube. Bila jumpa doctor ENT selepas itu saya kena marah sebab removed rice tube. Biarlah janji saya tidak kesakitan lagi.

Pakar ortopedik menyukat kaki kiri dan kanan. Nampaknya kaki kiri kecil 3cm dari kaki kanan.
Bulan May admit di wad untuk MRI. Doctor cakap kes saya pelik sebab semua ok tapi kaki kiri mengecut.

Jumpa speech theraphy, fisio theraphy, kaunseling dan pakar saraf. Beberapa ujian dibuat untuk check saraf. Sakit la EMG dan EMC tu. Pakar saraf mengesahkan saya tiada masalah saraf.

123 hari saya MC. Stress melampau sehingga terpaksa mengambil ubat dari psikatri. Doctor masih bagi MC tapi untuk mengelakkan daripada masalah perkhidmatan saya terpaksa pergi ke sekolah. Saya seorang guru. Camana seorang guru nak mengajar dengan soft voice? Badan pun sangat lemah. Syukur alhamdullilah dapat GB dan kawan - kawan yang amat prihatin dan memahami. Sehingga bulan Oktober kawan - kawan masuk kelas saya.

Apa yang saya kesalkan saya tidak pernah jumpa doctor yang operate saya sehingga satu masa saya marah doctor yang sepatutnya operate saya. Saya mahu berjumpa dengan doctor yang operate saya. Saya sangat marah sebab selama beberapa bulan berganti - ganti doctor yang jumpa saya hanya bagi MC. Doctor yang sepatutnya operate tu lepas tangan. Family pun marah dan mahu saman pihak hospital tapi saya tidak bersetuju. Tambah stress. Tidak keterlaluan jika saya mention nama doctor - doctor tu berbanding dengan kesakitan yang saya alami. Doctor yang sepatutnya operate saya ialah Miss S... tapi Mr C...yang operate saya. 18/8 baru saya berpeluang jumpa Mr. C... Hampir dua jam saya di bilik menangis apabila Mr. C... cakap selepas enam bulan itulah your permanent voice. Saya tanya apa masalah sebenar semasa operation. Mr. C... cakap masa keluarkan tyroid tu urat tertarik. Maknanya Mr. C... sudah tahu ada masalah dengan suara saya dari awal. Silapnya saya langsung tidak berpeluang berjumpa dengan Mr. C... selama enam bulan ni. Boleh - boleh lagi Miss S. cakap " kau tidak sepatutnya jadi begini". Kenapa Miss S...boleh mengeluarkan kata - kata macam tu sedangkan dia sepatutnya bertanggung jawab ke atas kes saya. Saya marah bila Miss S...cakap macam tu. Saya jawab "siapa suruh Miss S... suruh Mr C...operate saya? Sekarang Miss S...cakap macam itu". Keadaan inilah buat saya sangat stress. Kerja saya memerlukan suara.

Syukur alhamdullilah Mr C... call Mr H.... pakar ENT. Mr C...terkejut saya tidak pernah jumpa Mr H....sedangkan kes saya berat.
Seminggu kemudian saya berjumpa dengan Mr H..... Seorang doctor yang baik hati dan prihatin dengan pesakit. Sempat Mr H.... bagi tazkirah. Bagi semangat untuk sembuh. Mr H....cakap saya kena buat rawatan di HUKM untuk mendapatkan kembali suara saya walaupun tidak 100%. Ya Allah terima kasih. Sebelum operate mesti consultant dulu dengan Prof. Dato Dr S... Mungkin November dia datang Sabah.

Tiga bulan penantian yang agak mengecewakan. Mr H....cakap saya kena pergi ke HUKM sendiri untuk consultant. Saya risau kos yang tinggi. Selama ini banyak guna duit beli susu Ensure/Enercal Plus dan makanan tambahan lain. Kos ke hospital untuk appointment juga banyak.

Mr H....cakap saya kena jumpa Prof Dr Marina. Dia baru balik dari UK. Mr H....akan buat appointment selepas dia balik dari umrah nanti.
Kuasa Allah siapa yang dapat melawan. Allah mengetahui segalanya.
25/11 petang Mr H....call bagi tahu Prof Dr Marina ada hubungi dia dan 29/11 saya kena datang ke HUKM untuk operation 30/11.

Saya menangis sedih dan gembira. Sedih tidak tahu dari mana dapat duit untuk beli tiket. Kebetulan tiket Air Asia dan Mas habis sehingga 30/11. Terpaksa beli Malindo. Punyalah mahal. Nasib baik ada keluarga tolong.
Masa yang dinanti pun tiba. Prof. Dr Marina seorang yang baik hati. Bercakap pun lemah lembut. Dia terangkan secara terperinci proses pembedahan nanti.

Gorotex tyroplasty itulah operation yang dibuat.
Syukur alhamdullilah semua berjalan lancar.
Hari ini hari ke 19 lepas operation. Scar di leher nampaknya makin cantik. Saya masih jaga makan minum. Saya mengamalkan pemakanan yang saya rasa boleh mengurangkan berat badan yang naik sejak jadi hypotyroid.
Kalau berjaya dalam mengurangkan berat badan saya akan kongsi denan kawan - kawan semua.
In sha Allah.
Minta maaf banyak - banyak jika perkongsian saya ini ada menyingggung perasaan mana - mana pihak. Saya cuma kongsi hal yang sebenar untuk dijadikan panduan pada mereka yang mengalami nasib seperti saya. — feeling positive.

DA.


~ kpah k-poh ~

No comments: