KLIKKLIK

GARAM | TIROID DAN ANDA(ORI)

Sumber: Fb Grup Tiroid dan anda (ori)
Assalamualaikum

GARAM
Kenapa garam nak masak makan pun jadi masalah kepada pengidap tiroid ?
Sebenarnya..tidak ada masalah sangat. Ia nya masalah kecik jer...tapi bertukar pulak jadi masalah besar.

Garam jer pun...

Mai nak xplain bagi clear sikit..Harap tidak ada salah faham dikemudian hari.

Masalah pengambilan garam ni,berlaku hanya kepada MEREKA YG NAK AMBIK (RAI)Radioiodine SAJA. Yang tak ambik RAI ,boleh jer ambik segala jenama garam. Bukit ke,gunung ke,laut ke,garam putih ke,garam halus ke,garam kasar ke,garam pink ke, garam online jualan langsung..semua boleh...BOLEH. Garam cap Tesco ke,Mydin ke, kedai Rm2 ke,7eleven ke, semua BOLEH.

Mereka yang nak ambik (RAI)Radioiodine, terutama RAI KANSER ada LID (LOW DIET IODINE) Low..bukan No.. LID ni,memang ketat. Silap sikit ambik iodine, BATAL pantang. Kena Tunda RAI . Mula pantang semula. Sebab kena kawal betul2 pengambilan iodine,tak mahu bagi terbatal,sebab...Pengidap kanser tiroid kena stop Thyroxine SEBULAN. Habis nyilu sendi badan nak sampai ke sebulan stop Thyroxine . Jadi jika tunda RAI , tambah lagi masa pantang..tambah lagi masa tak makan ubat. Tambah lagi sakit mental dan fizikal...

Kembali kepada garam..
Seperti semua org tahu,garam ni macam2. Garam laut yg timbang kilo,80sen beli kat pasar malam , kedai runcit..pun ada kandungan iodine. Kandungan mineral bergantung kpd air laut tu sendiri.
Sbb itu LID kena kurangkan pengambilan garam. Bukan tak boleh bergaram tapi guna sedikit yg boleh.

Bila nak guna garam berjenama, halagel ke mount ke,salt rock ke apa bagai lah..perlu LIHAT PADA PEKET garam tersebut. Jika ada perkataan IODIZED ,bermakna garam tersebut telah ditambahkan iodine. Jadi..jika LID ambik garam iodized maka Radioaktif iodine yg akan diambik kelak mungkin tidak memberi kesan yg diharapkan.
Sel2 kanser dibiarkan lapar iodine. Jadi bila diberi iodine beradioaktif,sel2 kanser akan ‘memakan dan seterusnya akan termusnah/terbakar’.

Okey...
Boleh faham? Tidak ada masalah utk mengambil apa2 jenis garam kegemaran.
TAPI.. jika anda Hyperthyroid, pandai2lah pilih garam. Kalenjar Tiroid tugasnya menyerap iodine. Banyak anda ambik sumber iodine, maka byklah di serap. Sbb tu kadang kala ada yg berasa mcm leher membengkak. Kdg kala ada berasa jantung laju..

Hypothyroid yg masih ada Kalenjar Tiroid pun kena kawal jugak. Wpun Hypothyroid kurang iodine. Janganlah semahu2nya ambik sumber iodine berlebihan. Sbb ada Hypothyroid yg ada bengkak leher juga.

Hypothyroid yg dah tak ada Kalenjar Tiroid , agak bebas nak ambik sumber iodine. Cuma..jgnlah berlebihan sangat..shell out sampai tiga kali seminggu ke..mmg cari pasal jugaklah tu...

Rasanya okey lah kot .. penerangan ni...

Jenama garam bukan masalah...yg jadi masalahnya ialah bila nak ambik (RAI)Radioiodine saja.

Sekian.


~ Kpah k-poh ~

1 comment:

Unknown said...

Salam
Nk tanya kalau garam bukit Himalaya pink tu boleh ke guna..
SBB x pasti ade iodin ke x