KLIKKLIK

Hypothyroid | Myxedema coma | TIROID DAN ANDA (ORI)

Sumber Fb TIROID DAN ANDA (ORI)


HYPOTHYROID

Risiko Tidak Mengambil Ubat Penggantian Hormon Tiroid (Thyroxine dll) seperti yg diarahkan oleh doktor anda.

Jika anda HYPOTHYROID sama ada disebabkan oleh Hashimoto,pembedahan tiroid atau hipotiroidisme kongenital - jika gagal untuk mengambil ubat tiroid iaitu, levothyroxine,thyroxine atau lain2 ubat penggantian hormon tiroid boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan anda.

Risiko-risiko ini boleh termasuk yang berikut:

tekanan darah jadi tak menentu
Suhu badan yang rendah, sentiasa berasa sejuk
keletihan
kemurungan
masalah memori
Kolesterol tinggi, rawatan tahap kolesterol tinggi
penambahan berat badan
ketidaksuburan
keguguran
Kematian pada kelahiran
kelahiran pramatang
haid tak menentu
Kehilangan atau penurunan nafsu seks
kelemahan otot
sembelit
Sakit sendi atau otot
keguguran rambut
Tangan bengkak, kaki dan muka
Pertumbuhan nodul tiroid ,meningkatkan saiz goiter
Peningkatan risiko penyakit jantung
Peningkatan risiko jangkitan
Myxedema koma dan kematian

(Translated from medicinenet )
Apa itu Myxedema coma:
Keadaan yg teruk disebabkan oleh tahap Hormon Tiroid yg rendah di dalam darah (Hypothyroidsm)ialah Myxedema coma. Iaitu kehilangan fungsi otak.

Myxedema coma dikategorikan sebagai komplikasi yg mengancam nyawa disebabkan oleh Hypothyroidsm dan ia adalah lebih serius dari yang kita tahu tentang penyakit Tiroid ini.

Apa yang boleh menyebabkan Myxedema coma:
Kebanyakan pesakit yg dapat Myxedema coma ada sejarah Hypothyroidsm, pembedahan Tiroid atau mengambil Radioaktif iodine (RAI) utk Tiroid.

Sangat jarang berlaku disebabkan oleh ketidakupayaan Kalenjar tiroid mengeluarkan Hormon Tiroid, tapi sebaliknya ia disebabkan oleh kegagalan kalenjar Pituitary atau hypothalamus untuk memberi isyarat yg betul kpd Kalenjar tiroid supaya melaksanakan tugasnya iaitu mengeluarkan Hormon Tiroid dengan betul.

Dalam situasi ini, Kalenjar tiroid dlm keadaan normal, tapi ia tidak menerima isyarat dari Kalenjar Pituitary atau hypothalamus bagi membuatkan Ia mampu menghasilkan Hormon Tiroid .


Pencetus (triggers) Myxedema coma:
Beberapa faktor mungkin tiba2 menjadi pencetus Myxedema coma. Ia boleh berlaku kepada mereka yg tidak mengawal tahap Hypothyroidsm.

Ini termasuklah;
-pengambilan ubatan (drugs - terutamanya ubat sedatif,narcotics,anesthesia,lithium (Eskalith,Lithobid) dan amlodarone(Cordarone)

-jangkitan

-stroke

-trauma

-kegagalan jantung

-pendarahan gastrointestinal

-Hypothermia( suhu badan yg luar biasa rendah)

- gagal mengambil ubat Tiroid seperti yg diarahkan.

Apakah simptom2 Myxedema coma?
@suhu badan akan jadi luar biasa rendah. Mungkin akan serendah 26.6 darjah C.

@gangguan mental yg teruk termasuklah berhalusinasi, disorientasi, sawan, dan akhirnya koma.

@pembengkakan diseluruh tubuh (edema) dengan mata juga bengkak dan lidah menjadi tebal.

@rambut kering,jarang dan kehilangan bulu kening.

@sukar utk bernafas

@pengumpulan cecair di paru-paru dan jantung (pleural effusion and pericardial effussions)

@jantung mungkin perlahan (slow down) dan keupayaan mengepam darah merosot.

@saluran gastrointestinal tidak berfungsi dengan baik dan kadangkala ia menjadi lumpuh,oleh itu ia memerlukan pembedahan.

@kelainan dlm ujian darah adalah hasil daripada peningkatan cecair dalam badan. Sebagai contoh, tahap sodium merudum disebabkan oleh pencairan, yg disebabkan oleh badan yg menyimpan air berlebihan.

Gangguan Hormon Tiroid yg ringan , boleh dikendalikan dibawah pengawasan Doktor.
Manakala Myxedema coma pada umumnya dikendalikan oleh Pakar Tiroid (Endocrinologist) sebab rawatannya boleh jadi sangat rumit dan kritikal.

Bagaimana Myxedema coma boleh dicegah dari berlaku:
- cara yg paling baik utk menghalang keadaan ini ialah dengan mencegahnya lebih awal .

-individu dengan Hypothyroidsm sepatutnya membuat rutin rawatan dan ujian darah utk pastikan dos pil penggantian Hormon Tiroid adalah sesuai.

-sekiranya mempunyai simptom2 yg membimbangkan, tapi belum di diagnose sebagai pengidap Hypothyroidsm, mereka sepatutnya segera ke hospital untuk menguji Hormon Tiroid mereka.


~ kpah k-poh ~

No comments: