KLIKKLIK

PENYAKIT TIROID SEMASA HAMIL

Sumber Utusan Online

Penyakit tiroid semasa hamil.

Penyakit tiroid memberikan risiko pada ibu dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya si ibu menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.


Dengan rawatan, si ibu boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan yang diberikan juga mungkin diubah dos ubat secara berkala di samping ujian darah dan ujian lain yang difikirkan perlu akan dilakukan.


Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit yang hamil. Ada sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil postpartum tiroiditis. Lazimnya aras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke normal dengan pantas. Namun, ada segelintir ibu mungkin mengalami hipotiroidisme pada masa hadapan. Perlu ditegaskan ujian pengesanan atau ujian darah hormon tiroid bukan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.

Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera, apatah lagi kepada ibu hamil serta bayi dalam kandungan yang menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil dan kecacatan mental. Kes ini biasanya di bawah pengawasan doktor pakar yang biasanya akan dipantau di 'combine clinic' iaitu doktor pakar perbidanan dan doktor pakar endokrin. Akan tetapi, jgn risau, ia selamat dan mudah dirawat.

 

No comments: