Sumber : fb grup TIROID DAN ANDA (ORI)
Nak share jugaklah apa yg doc gigi bagitau kpah tentang gigi pengidap tiroid ni.
Gigi mudah rapuh sbb masalah kalsium. Badan akan ambik kalsium dari gigi, dari tulang utk keperluannya. Jadi.. kita perlu ambik susu atau sumber kalsium yg mencukupi agar tak dapat gigi yg rapuh dan sakit sendi tulang.
Jika gigi dah rapuh, gigi akan jadi tak sama rata. Ada yg bergerigi. Elakkan makan masam dan berasid (sprt cuka) jika tak mahu gigi jadi semakin rapuh.
Untuk yg giginya dah rapuh, elakkkan mengetip kuaci dgn gigi (jgn makan kuacilah) dan elakkan mengigit sesuatu yg keras sprt mengigit tulang ayam. Dibimbangi.. Akan jadi serpihan.
💋
Gigi jarang bukan disebabkan oleh tiroid yer. Jika gigi geraham dah tak ada.. Maka gigi lain akan mula bergerak dan akan menyebabkan ada ruang antara gigi. Haraplah gigi tak bergerak ke depan ke belakang.. Dah jadi tak rata pulak susunan giginya.
💋
Mulut berbau pun bukan disebabkan oleh Tiroid. Kena cek gigi jika ada berlubang atau jika ada gusi bengkak. Jumpalah doc gigi anda.
💋
Bila bangun pagi.. Terasa sakit pada gigi, sakit pada rahang, sakit pada muka itu pun bukan disebabkan oleh Tiroid.
Mintak sesiapa beritahu anda jika semasa tidur, anda sedang mengasah gigi. Mungkin itu puncanya yg menyebabkan anda rasa sakit sebaik saja bangun tidur.
💋
Dapatkan rawatan gigi setiap 6 bulan sekali. Yer lah.. Kpah pandai suruh jer.. Bukan kpah tak nak pegi klinik gigi.. Tapi Ekon nya sejuk sangat. Kitakan Hypothyroid.. Kann.. Kann.. 😁😆
No comments:
Post a Comment