KLIKKLIK

Simpan bengkak.. Jadi kanser.

Assalamualaikum. 

Nak ceritakan satu kisah. 

Dulu.. 

Kpah dikesan ada ketulan 3mm dan suspek kanser. 50% mungkin ada sel kanser dan 50% mungkin  tak ada sel kanser. Dikesan slps biopsy. 

Manakala.dia  (kpah namakan "dia") dikesan ada ketulan 2mm. Dan suspek kanser slps biopsy juga. 

Kpah buat operation buang semua sbb tak nak kena operation dua kali sekiranya ada sel kanser ditemui. 

Manakala dia, tidak mahu operate sbb nak buat rawatan tradisional. 

Selepas kpah jalani operation,  Alhamdulillah.. Tidak ada sel kanser ditemui slps ujian makmal. 

Selepas dua tahun,  Keadaan kesihatan dia  semakin merosot. Bengkak mula  terasa menganggu. 

Selepas dua tahun, Kpah masih seperti ini.. Alhamdulillah.. Masih teruskan rutin apoiment. Masih ambik pil penggantian hormon tiroid seumur hidup. 

Selepas dua tahun bertangguh sbb tidak mahu operation.. Akhirnya dia  bersedia utk operate. 

Kpah masih seperti biasa. Masih teruskan rutin rawatan yg biasa. Hidup pun lebih tenang sbb sudah tak ada risiko kanser tiroid. 

Manakala dia pulak.. slps operation,  disahkan ada sel kanser. Buat Rai utk pertama kali. 

Kemudian sel2 kanser dikesan sudah merebak ke tulang.

Yang kita takut.. Bukan utk buat operation tu. Tapi yang kita takut ialah.. Bila sel2 kanser merebak ke tempat yg lebih sukar utk dicapai oleh RAI. 

Mungkin tak.. Jika dia operation dua tahun lepas.. Sel kanser belum merebak ke tulang. Dan rawatan Rai adalah lebih mudah?

Sel2 kanser tiroid pulak  boleh merebak ke tulang, otak, limpa, lymph nodes, seluruh leher dan byk lagi organ lain dalam badan. 

Jadi.. Mana yg menolak utk operation dan memilih jalan jauh seperti rawatan tradisional.. Harap tidak jadi mcm rakan kita tu. 

Sedangkan yg dah buat Rai kanser pun.. Sel kanser masih boleh menambah.. boleh merebak.. Inikan pulak yg dengan sengaja sedia menternak sel kanser. 

Pilihlah jalan terbaik.. 

Pisau pembedahan tu bukan utk membunuh anda.. 

Sekian. 

25/11/18

No comments: