KLIKKLIK

Waspada dengan Produk yang claim 1001 testimoni

Sumber :

FB Doc Khairul Faizie


Biji aprikot, misai kucing, belalai gajah, habbatus sauda, etc etc..

Tak menafikan medicinal properties yang MUNGKIN benar ada, tapi masih terlalu awal utk CLAIM ianya mampu sembuhkan kanser, hyperthyroid, autoimmune disease dan 1001 penyakit.

Dan kalau benar pun boleh, berapa kah DOS YANG SESUAI?

Analogi yg mudah saya beri kan dalam kes DAUN KETUM.

Daun ketum mmg ada unsur perubatan, tapi digunakan secara salah, jadi dadah.


Perawat / penjual produk2 ini beri dos yg disarankan...soalan nya SIAPA YANG SARANKAN? adakah ahli farmakologi? 


Selain isu dos, ialah isu DRUG INTERACTION.

Produk2 yg ada biji aprikot / belalai gajah/ misai kucing/ etc etc ini, ada atau tidak drug interaction ( tindak balas dgn ubat ubatan yg kita ambil)? Drug interaction andai ada, boleh menyebabkan ubat yg di ambil menjadi lebih kuat ( more potent), atau kurang berkesan ( less potent).

Produk2 ini tak jalani kajian clinical trials yg ketat, yg di follow up bertahun tahun ( post marketing clinical trials). Yang mereka pentingkan ialah TESTIMONI pengguna yg mana ada yg fake.


Secara jujurnya, apa jua sakit kita...

Makan ubat yang dah sah melalui kajian klinikal ( clinical trials).

Makan makanan secara berkhasiat, dan ikut pembahagian lemak, carbo, protein.

Nak ambil simple multivitamin, calcium, sila kan.

Lain lain produk yang CLAIM / 1001 testimoni, berhati hati..seelok eloknya tak perlu ambil.

No comments: