KLIKKLIK

KESAKITAN KRONIK | KESAKITAN BARU

Sumber: Fb Doc Hana Hadzrami 


Ramai yang kata lebih baik kita tahan sakit daripada rawat kesakitan dan ambil ubat.


Tapi sebenarnya sakit yang dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan boleh melarat dan berubah kepada sakit kronik.


Kesakitan kronik (chronic pain) lebih teruk dan lebih sukar dirawat berbanding kesakitan baru (acute pain).


Kesakitan baru kita boleh nampak penyebabnya; mungkin kerana kulit atau tisu luka, koyak atau lebam, atau kerana tulang yang patah atau luka yang baru dibedah. 


Tetapi kesakitan kronik adalah disebabkan saraf yang lelah dan rosak. Lama saraf tu minta ditolong tetapi tuan badan buat tak tahu maka rosaklah tisu saraf tersebut dan membawa impuls yang menggila.


Lebam, patah dan luka dah lama baik tetapi sakit tetap ada, malah semakin teruk. Boleh rasa seperti renjatan elektrik, atau terbakar atau kebas mencucuk. 


Sakit kronik lebih sukar dirawat. Ubat tahan sakit biasa tak dapat membantu.


Lama-kelamaan ada yang tak boleh tidur malam menahan sakit, ada yang hilang pekerjaan, dan ada yang sampai dapat masalah mental kerana kesakitan yang tak kelihatan puncanya.   


Jadi anda rasa elokkah sakit itu dipendam dan ditahan?


.

.


Hana Hadzrami

Luka dihati usah dipendam, apatah lagi luka ditubuh.




No comments: