KLIKKLIK

SUMBER KALSIUM SEMULAJADI | PROF IMELDA BALCHIN

Seperti yg kita maklum dah..pengidap tiroid yg buat pembedahan total thyrodectomy akan turut hadapi masalah kekurangan kalsium. Doc akan bekalkan pil kalsium seperti kalsium lactate dan kalsium carbonate.
Doc juga nasihatkan supaya ambil sumber kalsium tambahan melalui makanan semulajadi dan bukannya ambik produk. Bila keperluan kalsium dlm badan mencukupi ( melalui ujian darah) maka doc akan turunkan dos dari masa ke semasa. Dan akan naikkan dos bila kalsium dlm badan rendah.

Melalui perkongsian Prof Imelda Balchin ni, kita boleh gunakan sebagai sumber rujukan utk dapatkan sumber kalsium dengan mudah. Tanpa perlu keluarkan duit yg banyak dan juga tidak membahayakan buah pinggang sendiri.

Jom kita baca apa yg Prof Imelda kongsi:

sumber : Fb Prof Imelda Balchin

Setiap orang dewasa memerlukan 1000mg calcium sehari. Wanita yang sudah menopos memerlukan 1200mg calcium sehari.

Prof Dr Imelda Balchin memberitahu. Jika anda tahu apakah makanan yang berkhasiat, tak perlu beli calcium supplement.

Satu gelas susu lembu segar atau UHT dah ada 300mg calcium.

Kalau anda suka keju / cheddar, sebanyak 30g dah dapat 300mg calcium.

Ikan selayang tu kaya dengan calcium. Seekor dah dapat 300mg.

Kalau anda suka ikan bilis, 10 ikan bilis dah dapat 100mg calcium.

Kalau anda suka yoghurt, satu pot kecil 100g tu ada 180mg calcium.

Sayur-sayuran hijau pun ada calcium.
Setengah cawan bayam yang dah masak, boleh dapat 150mg calcium.

Suku pinggan broccoli pun dapat 90mg calcium.

Buah yang paling kaya dengan calcium ialah buah oren. Sebiji dah dapat 50mg calcium.

Hari ini saya minum 2 gelas susu, seekor ikan selayang, suku pinggan broccoli dan sebiji buah oren. Cukup 1000mg calcium.

Tetapi, penjual supplimen akan kata kepada anda yang usus anda tidak akan menyerap calcium tanpa vitamin D, dan anda tidak akan mendapat cukup vitamin D dari dalam pemakanan anda. Ini memang betul. Kalau nak dapat cukup vitamin D, memang tak boleh makan dengan secukupnya, sebab vitamin D yang terbaik sebenarnya dibuat daripada cahaya matahari yang diserap ke bawah kulit anda. Badan kita boleh membuat vitamin D daripada cahaya matahari.

Untuk orang berkulit perang seperti saya, 30 minit di bawah cahaya matahari di antara pukul 11 pagi dan 3 petang, sekali seminggu, sudah mencukupi. Tetapi kulit muka tangan kaki kita mesti betul-betul terdedah kepada cahaya matahari (kalau pakai jubah dan purdah, tak boleh serap cahaya). Kalau anda berusaha buat sekali seminggu (boleh cari tempat sesuai supaya orang tak nampak aurat anda, seperti buat kerja di kebun), tak payah pun telan supplimen vitamin D.

Kalau anda ada kulit putih macam orang putih, seperti suami saya, 10 minit di bawah cahaya matahari sampai kulit jadi merah sedikit, sekali seminggu sudah mencukupi.

Semoga bermanfaat. Jika kita berusaha amalkan makanan sihat dan cergas bersenam, ini ialah jauh lebih baik untuk kesihatan kita daripada makan junk food dan lepas tu telan supplimen.

——————————————————————

Ada netizen tanya, “Kalau malas nak menyediakan makanan sihat, telan suplimen saja cukuplah kan?”

Jawapan saya:
Pemakanan yang sihat bukan hanya bertujuan supaya anda mendapat nutrisi vitamin dan mineral yang mencukupi. Anda juga mendapat kebaikan yang lain seperti kandungan serat yang penting untuk kesihatan usus, serta protin dan Omega 3.

Jika anda berusaha mengamalkan pemakanan yang sihat, secara automatik anda akan juga mengurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat. Ketahuilah makanan segera dan makanan berproses yang tinggi dengan bahan pengawet serta gula yang diproses meningkatkan risiko obesiti dan risiko penyakit barah cancer.

Kesimpulannya: tidak kira lah anda telan supplimen atau tidak, jika anda tidak berusaha mengamalkan pemakanan yang sihat, anda tidak membantu badan anda menjadi lebih sihat.

Prof Dr Imelda Balchin,
Fakulti Perubatan,
Universiti Malaya.

~ Kpah k-poh ~

No comments: