KLIKKLIK

PIL KALSIUM CARBONATE

Pil kalsium carbonate diambil (kunyah) bersama makanan atau diambil (telan) sebaik saja selepas makan.

Tidak semestinya kena ambik semasa atau sebaik saja selepas makan makanan berat. Tidak semestinya nasi..

Katalah selepas makan tengahari, kekenyangan sampai terlupa nak ambik kalsium..selepas beberapa jam baru ingat.. 
sebenarnya, kita masih boleh ambik pil kalsium tapi kena makan makanan lain pulaklah.

Ambiklah biskut ke..kuih ke..roti ke..kepci ke..mekdi ke..pija hut ke..pisang goreng ke.. Kemudian terus ambik pil kalsium.

Tapi jangan ambik pil kalsium dengan buah2an, keju atau susu. Tak ada hasil..

Dan terlebih baik jika ambik pada waktu yg sama. Kalau ambik pagi..teruskan ambik pagi..jangan hari ni pagi..esok pulak ambik malam. Kalau dua kali sehari..ambiklah dua kali sehari..

Cuba2 lah ambik makanan berkalsium tinggi ( sila google sumber kalsium semulajadi selain dari susu kalau tak suka ambik susu).
Kpah pun jemu ambik susu putih jer.. sekali sekala boleh blend buahan atau sayuran dengan susu segar. Tanpa gula yer..

Timun 🥒,  tembikai 🍉 , carrot 🥕, belimbing, anggur 🍇, pisang 🍌, mango 🥭, banyak lagilah yg boleh kita blend dengan susu... kurma, almond pun boleh. Tapi ingat..4 jam jarak antara pil kalsium dengan susu yer...

Kita nak kalsium tu menyerap dengan berkesan. Yang mana dapat pil vitamin D tu, jangan lupa ambik. 

Jangan anggap ia beban bila nak ambik ubatan ni.. dari masa ke semasa.. dos akan mula turun. Tapi kita kena konsistenlah.. jgn halai balai pastu kena kebas muka,bibir herot, kaki kejang, jari2 tangan bengkok mcm nak cekik orang..  Sakit tau.. sedangkan kita kena cramp ( tarik mengkarung, simpul biawak ) pun dah azab. Ini pulak teringin nak rasa kejang kaki tangan. 


Semuga bermanfaat kepada rakan2 Grup. 

No comments: