KLIKKLIK

Pembedahan Kalenjar Tiroid

#gengtiroid 

#tiroiddananda


Assalamualaikum :


Doc tak akan cadangkan operation, sekiranya keadaan bengkak / ketulan masih terkawal.


Seperti yg selalu kpah sebutkan dlm Grup ni.. 


Kata doc pada kpah.. ( jangan tanya nama doc sbb kpah pun dah tak ingat.. Tapi doc tu doc Pakar yg merawat kpah di Hospital Taiping.)


     "u nak simpan bengkak u sampai sebesar buah kelapa pun tak apa, asalkan u sudah pastikan, ia tidak ada sel kanser" 


Percayalah.. Memang ada yg simpan sampai sebesar buah kelapa (kelapa yg dah buang kulit lah.. Kalau kelapa yg belum buang kulit lagi.. Tak tercapai dek akal lah mcm mana bawak leher tu) 


Ada satu kes dlm Grup ni.. Bila doc suruh operate, dia lari. Tak buat follow up langsung.

Masa berlalu, leher semakin tidak selesa. 

Follow up semula. Doc cadangkan operation buang semua segera.

Bila dapat result slps operation,  sah kanser. 

Sekarang... Mana mau lari? 


Ingat! 

Doc tak akan mudah2 nak cadangkan operation... 


*Operation hanya diperlukan bila :

1. Sebab menekan seperti sukar menelan atau bernafas 


2. Membesar dengan cepat iaitu lebih dari 5 mm dalam tempoh 6 bulan 


3. Perubahan kepada suara yang menjadi serak,


4. Retrosternal tiroid (tiroid turun ke dada) 


5. Kosmetik 

(Sebab kosmetik ni atas permintaan pesakit. Ramai lagi pesakit lain yang dah lama menunggu sebab ada indikasi. Kosmetik bukan priority)


6. Biopsi atau ultrasound suspek kanser


     ~ Prof. Rohaizak Muhammad Ukmsc~*


Fikir2kan lah.. Dan selamat membelek leher masing2 😁

No comments: