KLIKKLIK

Suara

-Hampir 4 bln buang total tyroid.Disbbkn bila dpt tarikh apmt sy kena attend kursus.so tkr tarikh.Suara sy x bleh smpi tinggi mcm sblm ni.Hari2 bercakap dpn bdk.Kadang2 tekak cpt kering bila ckp tak henti.So mmg standby air kosong kt tepi

Risau plak rasa


Itu kemungkinan disebabkan kerosakan kepada external laryngeal nerve. Memang risiko agak tinggi kalau buat thyroidectomy disebabkan size dan kedudukan nya yang sukar untuk diselamatkan. Cuma kebiasaanya , fungsinya perlahan lahan diambil alih oleh recurrent laryngeal nerve-prof

-Ada kemungkinan bleh pulih ke prof

kalau dah rosak sepenuhnya disebabkan putus, memang tak boleh baik. Cuma harapkan urat saraf lain membantu. Tapi kalau hanya rosak sedikit(neuropraxia), biasanya boleh baik dalam tempoh 6 bulan. dengan lain perkataan, kalau 6 bulan tak baik , kemungkinan besar tak akan baik sepenuhnya. Macamana pun, suara tu boleh dilatih balik melalui speech therapy. Yang ni, paling baik untuk menjawabnya ialah Prof Marina Mat Baki

-Camne caranya nk buat therapy tu.sy cikgu...risau juga.kdg2 bila bercakp lama smpi kena guna mikrofon

Insya Allah boleh datang ke klinik ENT dan kita bincang.

Utk kenalpasti kemungkinan fungsi saraf boleh kembali, kita lakukan ujian laryngeal electromyography.

Sekiranya external laryngeal nerve yang tercedera, boleh dibantu dengan speech therapy.-Prof Marina










~ Kpah k-poh ~

No comments: