KLIKKLIK

THYROXINE | EUTHYROX | OROXINE

Assalamualaikum 
#gengtiroid 
SUMBER: FB TIROID DAN ANDA(ORI)


Mereka yg rajin mencari maklumat dalam grup ni, pasti sudah tahu tentang POLL yg kpah buat. 
Tentang ketidak sesuaian kpah dengan L-Thyroxine iaitu jenama THYROSIT.
Sejak selepas operation total 14 tahun lalu, kpah diberi Levothyroxine jenama EUTHYROX. Bila KKM tukar EUTHYROX kepada THYROSIT, kpah dapati badan bermasalah utk Terima THYROSIT.
Masalah yg kpah hadapi tu, boleh baca dlm pic yg disertakan.

Yg lain kpah tak mau sentuh, kpah nak sentuh tentang masalah kenaikan berat badan yg mendadak selepas ditukarkan ubat kpd THYROSIT.Walaupun naik sebulan sekilo..tapi bagi kpah ia mendadak sbb kpah tak pernah naik berat badan secepat itu. Sejak operation 14 tahun dulu pun, hanya naik 2kg saja. 

Kpah cuba ambik THYROSIT selama dua bulan. Mungkin akan sesuai nanti... tapi dengan timbul masalah lain tu, kpah tak boleh bertahan. Kpah buat aduan kpd KKM, NPRA dan bila dapat respon, kpah jumpa doc dan nyatakan yg kpah tak sesuai dengan THYROSIT dan bersedia utk beli EUTHYROX sendiri. Borang aduan jugak kpah serahkan di farmasi hospital dan sebulan kemudian, mereka berikan kad alahan ubat kpd kpah. ( semua tu boleh baca di announcement grup).

Selepas kpah ambik semula EUTHYROX, tiga hari saja..dah berkurang semua kesan yg kpah alami. Berat badan pun tak naik lagi utk bulan tersebut sehingga sekarang...walaupun tak turun banyak..tapi tak naik2 dah berat tu.

Jadi...yg mana yg alami kenaikan berat badan secara drastik.. (bukan sbb makan banyak..makan tak ingat dunia), lebih baik cuba bertukar kpd EUTHYROX utk sebulan dua. Mungkin sesuai. Nak bagitau doc pun boleh..nak beli dan cuba dulu pun boleh. Dos yg sama sprt yg diambik sekarang.

Pastikan ambik ubat dengan berhemah...konsisten dan jarakkan lebih lama dari waktu sarapan. Kita nak jadikan Hormon Tiroid kita dalam keadaan NORMAL. Yer..result darah Hypothyroid boleh dapat normal. Bila normal, proses nak turunkan berat badan bertambah mudah. 

Kpah dah cuba pelbagai kaedah utk dapatkan Hormon Tiroid normal. Paling berkesan ialah jarakkan waktu utk sarapan slps ambik ubat tu kpd jarak yg lebih lama. Kpah ambik 4 jam dan dapat Hormon Tiroid normal. 
Bila kpah ubah cara pengambilan ubat ( buat ujikaji sendiri), jarak hanya satu jam tapi konsisten waktu yg sama..Hormon Tiroid kpah terus tak betul. Doc turunkan dos ubat.
Kemudian kpah cuba pulak ambik ubat pada waktu yg tidak tetap. Waktu yg berubah2. Sekejap 6 pagi..sekejap 6.30 pagi. Kadang pukul 7 pagi. Dan jarak utk sarapan pun kpah pendekkan. Setengah jam, kdg    sejam. Hasilnya?? Sprt yg dijangka...result ujian darah teruk dan doc naikkan dos ke 150mcg setiap hari. Dos yg paling tinggi setakat ini.

Nampak tak..bagaimana penyerapan ubat sangat penting.. 

Oklah...utk tahun depan..no more uji kaji sendiri... akan kembali kpd jam 4 pagi setiap hari..InsyaAllah . Edit @2020 kpah ambik jam 6 pagi. 

Sekian.
😎#tuantanahkedaung
“Apa saja demi rakan grup”

P/s: masa kpah ambik THYROSIT, result ujian darah teruk. Sampaikan doc tanya..tak ambik ubat ke? Ada ambik apa2 supliment ke? Ambik jamu ke?

Edit @2020: untuk mereka yg baru pertama kali ambik Thyrosit, perkara yg sepatutnya perlu dibuat sebelum bertukar ke Euthyrox ialah mesti berbincang dgn doc terlebih dahulu.
DAN cuba ambil Thyrosit utk 2 bulan.   Nanti boleh tahu jadi sesuai atau tidak.  

Untuk yang sudah pernah ambik Euthyrox sejak bertahun2 macam kpah,  lebih baiklah dapatkan Euthyrox. Jika klinik kesihatan atau hospital tempat anda buat rawatan  tidak ada bekalan Euthyrox, maka kenalah Belanjakan sedikit duit (Rm50 utk tahan 3 bulan atau Rm13 utk 25 hari.

No comments: