KLIKKLIK

Cyctic degeneration | jenis ketulan Tiroid

SUMBER : FB TIROID DAN ANDA

Assalamualaikum 
#gengtiroid 
#anda_tanya_Prof_jawab

Doc kata tak perlu operation sebab ketulan semakin mengecil.. 
(ayat yg sepatutnya.. Tak perlu operation   sekarang ni.. Nanti bila dah membengkak dan besar semula.. Baru operate)

Anda tanya :
1- Adakah semua ketulan boleh mengecil atau yg jenis cystic degeneration saja yg  boleh mengecil?

Prof Jawab:
(Jenis Cyctic degeneration sahaja) 


2- Cyctic degeneration ni jenis yg di dalamnya cecair ke?  Prof? 
(Ya) 

3- Cyctic degeneration boleh membesar semula tak? 
(Boleh) 

4- Jika ikut pengalaman Prof,  lebih baik operation atau simpan? 
( Banyak faktor nak kena tengok. Setiap kes berbeza, ikut nasihat Doktor) 


😎#tuantanahkedaung
1- kalau ketulan keras solid berdaging tu.. Tak yah tanyalah knp awak kena operation...
Bila ada termasuk dalam syarat2 utk operate.. Teruskan aje lah.. Tak yah lah nak tanya org makan apa sampaikan boleh mengecil ketulan tu.. 
Cakaplah makan apa pun.. Kalau bukan jenis cystic degeneration, memang tak susut.. tak yah lah pasang niat utk tak nak operate (jika doc cadangkan operation) 

2- kalau ketulan mcm daging korban raya haji.. Mana nak sama dgn ketulan yg dalamnya jelly... 

3- boleh membesar semula rupanya.. Patutlah doc boleh tangguhkan.  Tunggu  dan tengok. Jika membesar boleh operate. Jika tak membesar,  boleh simpan (hari2 belek leher setiap kali tengok cermin - kpah dulu mcm tu lah masa nak tunggu lagi 4 bulan utk operate.. Rasa resah bukan sbb operation tapi takut ketulan membesar dan jadi kanser) 

4-  Ikutlah nasihat doc yg merawat.
Tapi kena jaga kesihatanlah..jangan ada penyakit yg boleh menyebabkan susah nak operate nanti.. Mcm darah tinggi, kencing manis, masalah jantung..  Sebab penyakit2 tu boleh melambatkan proses kita utk buat operation. 
Mcm masa kpah nak buat Laparoscopic surgery utk Adhesion colic,  keadaan kesihatan mesti tip top. Hormon tiroid mesti stabil.. Darah tinggi mesti terkawal dan stabil.. Syukur jugak tak ada kencing manis.. 
Kalau tahap kesihatan tidak memuaskan.. Terpaksalah tanggung rasa sakit lebih lama. 

Oleh itu.. Jika doc cadangkan operation,  jangan tolak. Sbb anda dlm keadaan yg paling terbaik utk operation. 
Kalau tak nak operate.. SOPD akan tutup file. 
Kalau tak nak operate, tapi ada masalah hormon tiroid,  SOPD akan tutup file dan rujukkan anda ke Pesakit Luar atau Klinik Kesihatan. 
Jadi jangan laa terkejut.. Kenapa doc tutup file yer.. 
Mungkin ada yg pernah tolak utk operate.. Doc akan cakap.. Nanti bila u dah ready.. U dtg jumpa I.  Tapi tak semudah itu lah kannn... Mesti kena mula dari bawah semula.. Pergi Klinik Kesihatan atau Pesakit Luar.. Pastu doc akan rujukkan ke Pakar.. Buat Ultrasound lain.. Buat Biopsy lagi.. Hu..ha.. Hu...ha...  Dekat 7-8 bulan baru boleh operate.. 

Sekian. 😎

No comments: