KLIKKLIK

KEPERLUAN DI WARD NUCLEAR | KANSER TIROID

Assalamualaikum 
#gengtiroid 

Sumber : FB TIROID DAN ANDA(ORI)

KEPERLUAN SEMASA DI WARD NUCLEAR UTK RAI KANSER DOS TINGGI 

Seperti yang kita sedia maklum,  Rai kanser dos tinggi mesti di kuarantin di ward Nuclear selama lebih kurang 5 hari. 

Terima kasih atas bantuan rakan2 TDA(ORI), kpah susun semula apa yang rakan2 tulis supaya boleh dijadikan rujukan / panduan sebelum melangkah ke Ward Nuclear. 

Sebelum tu,  biasalahkan.. #tuantanahkedaung nak bebellah sikit.. Tak banyak.. Sikit jer. 🙄

1- bilik kuarantin tu sejuk teramat sejuk. Jadi jangan mintak nurse slowkan ekon. Sebab ward Nuclear tu bukan kita punya. Dan ekon tu disetkan mcm tu mestilah bersebab. Penat2 gov tanggung bayar ekon mahal2, lagi bayar kos Rai yg Rm8K sekali sedut tu jadi bawah Rm400 aje.. Kita pulak banyak songeh nak suruh slow ekon! 
Kalau tak tahan sejuk,  mintak lebih selimut dari nurse. 

2- ward Nuclear tu bukan Restoran yang kita boleh mintak masakan sedap.. Biasalah akan  rasa masakan tawar. Sekali lagi.. Mesti ada sebab kenapa diet kita kena ikut spesifikasi tu. 
Jangan malukan diri dgn file complain kpd KKM !!

3- tolong dengar nasihat dari Nurse yg bertugas. Kalau cakap suruh kerap mandi,  kenalah kerap mandi. Kalau suruh minum air kerap.. Minumlah lebih kerap. Radiasi akan keluar melalui pembuangan.. Nanti radiasi tak turun, tak boleh balik. Pastu nangis... 🙄🙄

4- Jangan saja2 sengaja nak tunda sendiri tak mahu datang ambik Rai. Kanser merebak sbb lambat buat Rai.. Nangis 🙄🙄 salah siapa?

Alang2 dah bebel.. Nak bebel sekali utk mrk yg ambik Rai hyper 😏

5- Yang ambik Rai Hyper dan suka suki tak nak datang Rai, suka suki nak tunda Rai atas alasan hormon tiroid dah normal atau takut covid 19..selepas ini bila doc suruh ambik Rai,  silalah tolak siap2. Bolehlah doc beri peluang kpd rakan2 pesakit lain yg takut kena masalah jantung..yg takut kena masalah darah putih kurang.. Yang nak pulih..!!! Korang kuat kan.. Setakat masalah radang hati.. Masalah jantung bengkak..kata org sekarang.. "apa de hal" 🙄
Ingat doc saja2 ke suruh ambik Rai?  Dah lah cecair iodine beradioaktif tu kena oder dari luar negara.. Harga pulak 5K sekali sedut.. Pastu farmasi dah siap bancuh..korang pulak tak datang minum...menyusahkan nurse, menyusahkan doktor.. Malah menyusahkan diri sendiri. 

Mungkin ada yg tak tahu..bekalan iodine beradioaktif ni pernah kehabisan stok. Pihak Farmasi hospital  tak boleh janji jika bekalan iodine beradioaktif ni ada bekalan pada masa akan datang. (kalau ada pun,  akan diutamakan kpd pesakit kanser tiroid terlebih dahulu) 
Kalau nak tolak Rai.. Tolak awal2 masa doc cadangkan Rai tu.. Jangan dah dapat tarikh tapi tak datang. Menyusahkan semua org.. Tau tak??

Ok lah.. Kembali kepada tujuan asal.. 🤪
Antara yg di tulis ni, adalah panduan saja. Ikutlah kebijaksanaan sendiri mana yg perlu bawak dan mana yg tidak. Berapa banyak nak bawak,  agak2lah utk 5 hari punya penginapan. 

-Baju tebal / sweater / jaket (sbb sangat sejuk)
-Baju utk keluar ward 
-Seluar panjang (sbb ada cctv) 
-Telekung utk wanita dan sejadah kecil
-Tudung sarung (sbb ada cctv)
-Pakaian dalam
-Stokin tebal

-Selipar bilik 
-Selipar utk tandas
-Tuala mandi
-Keperluan mandi seperti sabun,shampoo,ubat gigi,berus gigi semua bersaiz kecil
-Pelembab muka (muka jadi kering sbb sejuk sangat) 
-Vaseline utk kulit kering
-Sikat rambut

-Roti
-Biskut 
-Asam2 dan gula2 (utk hilangkan loya)
-Buah yg sesuai (bukan durian 🤣)
-Pisau kecil utk potong buah
-Cawan dan sudu utk bancuh air jika bawa milo / teh / ribena

-Sambal pedas tanpa belacan dan jeruk lada utk menambah selera makan. 

-Minyak angin
-Ubat utk penyakit sedia ada (PENTING) 

-Charger fon
-Bahan bacaan (quran boleh baca melalui fon)
-Laptop

JANGAN 
-jangan pakai barang kemas
-jangan bawa duit banyak

Sekian 😎

1 comment:

Faizah said...

As salam kak. Sy ada kanser tiroid follicular masih early stage. Bacaan thyroglobulin sy 103. 18/1/21 ni sy kena minum iodine dosage tinggi n duk ward 5 hari.
Alhamdulillah lps operation total remove tiroid result ct scan ok
Nak tanya mmg pesakit kanser tiroid ni even masih di early stage mmg kena minum iodine dosage tinggi terus ke?