Assalamualaikum
Sumber : FB TIROD DAN ANDA(ORI)
BIOPSY
"doc cakap saya kena buat Biopsy.. " macam mana ni? Apa itu Biopsy?
"doc akan buat Biopsy Fnac.. "
Apa tu?
Dan soalan yg paling kerap ditanya ialah : SAKIT TAK? BIUS TAK?
SAKIT atau tidak, BIUS atau tidak adalah bergantung kpd Biopsy apa yg doc nak jalankan kpd pesakit.
SAKIT atau tidak juga bergantung kpd jenis ketulan / bengkak yg kita dapat.
Bandingkan..
Kalau ketulan sprt daging lembu, dicucuk dan sedut utk ambik sample..
Kalau ketulan sprt telur rebus dikupas tapi separuh masak..
Kalau ketulan seperti jelly..
Agak2 ketulan yang mana akan rasa lebih sakit kalau di suntik ?
Sebab itulah kita baca pelbagai komen.. Ada kata sakit.. Ada kata tak sakit.. Dah ketulan pun pelbagai.. Sakit tak sakit pun pelbagai jugaklah.
Bayangkan kalau kita komen, sakit sangat.. Ada tak terfikir yg kita akan jadi penyebab rakan kita tak jadi buat Biopsy? Kena INGAT.. ketulan tu lain2 keadaannya..
Lain kali tulislah.. "sakit yg kita boleh bertahan.. " atau " InshaAllah.. Tak sakit sangat.. " atau " tak apa..sakit sikit.. Demi kesihatan diri " dan banyak lagi komen dgn kata2 positif.. Kita kena galakkan rakan2 utk teruskan rawatan.. Bukan bagi dia LARI !!!
"Ehh.. Bukan Biopsy tu FNAC ke?
Yang tu kena baca tulisan Prof Rohaizak Muhammad 👇👇
*BIOPSY INI BANYAK BENTUK:
Cara pertama, Paling kecil, biopsy jarum halus FNAC . Cara ni hanya guna jarum yg buat ambil darah.
Cara kedua tisu diambil lebih besar trucut / core biopsy, biasanya inject ubat bius kat kulit sedikit. Jarang dilakukan utk tiroid tapi mungkin dilakukan utk bengkak kelenjar.
Cara ketiga ialah biopsy secara operation buang sebahagian dari bengkak incision biopsy - juga jarang dilakukan
Cara ke empat, Kalau semua cara diatas tak berjaya memberi diagnosis yg conclusive, barulah kita buang kelenjar atau bengkak tiroid utk menentukan kanser atau tidak. Excision biopsy atau lobectomy atau hemithyroidectomy
Biopsi 1 dan 2 dilakukan supaya kanser dpat didiagnos lebih awal dan membolehkan hanya sekali operation
Kalau biopsy 3 dan 4, lepas operation didapati ada kanser, pesakit kena datang utk operation kali kedua, utk buang semua thyroid.
- Prof. Rohaizak Muhammad.
😎#tuantanahkedaung
Lepas ni jangan keliru sangat biopsy ke fnac ke apa ke... Ikut saja apa yg doc cadangkan.
komen2 (tak kiralah di mana2 post dlm grup ini) yg dianggap MENAKUTKAN akan didelete oleh admin.
Sekian.
No comments:
Post a Comment