KLIKKLIK

THYROID STORM | TIROID DAN ANDA

Sumber : FB TIROID DAN ANDA(ORI)

Assalamualaikum #gengtiroid 

Utk menjelaskan kekeliruan masing2. Seperti biasa,  kpah akan mencari jawapan dari doktor2. 

Walaupun apa yang kpah terangkan dah cukup jelas..kot lah tak percaya.. Jadi kita bagi perjelas lagi iaitu tidak ada penyakit yang namanya Hypertiroid Storm. 

Hypertiroid ialah Hypertiroid.. 
Thyroid storm ialah thyroid storm.. 

Boleh baca 👇👇

Apakah itu Thyroid Strom

Sumber: 
Dr Abdul Hanif Khan 
Pakar Perubatan Hospital Pengajar UPM

Thyroid strom adalah komplikasi yang jarang berlaku kepada pesakit yang menghidapi penyakit hypertiroid.

Antara risiko2 mengalami tiroid storm adalah:
1. Penyakit hipertiroid terutama Graves Disease yang lama tidak dirawat
2. Jangkitan kuman
3. Trauma
4. Selepas pembedahan
5. Ketika melahirkan anak

Antara-antara simptom tiroid storm pada pesakit hipertiroid contohnya degupan nadi yang sangat laju, demam yang tinggi, cirit birit, anxiety dan keliru.

Untuk mendiagnos thyroid storm memerlukan gabungan klinik skor dan bacaan T4 yang tinggi.

Thyroid storm boleh mengancam nyawa dan memerlukan rawatan segera di hospital.

Untuk pencegahan thyroid storm, pesakit hipertiroid mestilah mengawal level T4 dan kemungkinan besar memerlukan pembedahan atau rawatan iodine.

No comments: