KLIKKLIK

CARBIMAZOLE | LEVOTHYROXINE

Assalamualaikum
Salam sejahtera
#gengtiroid 

Cuma nak bagitahu untuk mengelak kekeliruan dimasa akan datang.

Pil Carbimazole selalunya datang dgn dos 5mg sahaja utk sebiji. Jadi jika anda kata, ' saya ambil sebiji, dua biji, 12 biji, kita boleh tahu berapa jumlah dos anda. 
" Saya ambik Carbimazole 2 biji sehari" maksudnya anda ambik 10mg sehari.

Manakala Levothyroxine / L-thyroxine pula, datang dengan pelbagai dos. Ada 25mcg, 50mcg, 100mcg.
Jika anda kata, " saya ambik sebiji sehari Thyroxine" ,jadi berapa dos anda? 25 kah? 50 kah? 100 kah?

Contoh..
Jika kpah kata, " saya ambik 6 biji Thyroxine" , anda boleh tahu ke berapa dos kpah ambik? Paling² tidak, anda akan komen.." banyaknya..atau, betul ke ambik Thyroxine?
Macam tu jugaklah jika anda cakap, "saya ambik sebiji setengah", Ada kami tahu ke berapa dos anda ambik? 
Untuk Thyroxine, tulislah dos jika nak bgtau berapa anda ambik. Sebiji selalunya 100mcg tapi ada jugak yg ambik sebiji tapi 50mcg.
Kadang ada yg baby ambik sebiji Thyroxine. Anda bayangkan, baby ambik 100mcg mcm anda lah. padahal sebiji tu utk 25mcg. Atau kadang² kerat dua.

Pil Levothyroxine ni rumit sikit. Ada yg kena ambik Isnin - Jumaat dos lain². Ada yg Sabtu Ahad tak perlu ambik. Ada yang kena ambik selang sehari atau selang tiga hari. Ada yg dos tiga hari dos lain, empat hari dos lain.. pening..pening 😁 Ada yg ambik Thyroxine dan pada masa yg sama, ambik Carbimazole. ( Ini korang jgn tanya )

Sekian
😎#tuantanahkedaung
Lain Kali Jangan bikin orang keliru..

No comments: