KLIKKLIK

Showing posts with label diabetes jenis 1. Show all posts
Showing posts with label diabetes jenis 1. Show all posts

DIABETES

INFO: 
,
Diabetes Jenis 1:  *biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja*badan tidak menghasilkan insulin*banyak dihidapi oleh masyarakat Barat atas faktor genetik*pesakit boleh hidup normal selagi mereka menerima suntikan insulin tetapi boleh maut sekiranya tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat*berpunca apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas iaitu sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman gula (glukosa) kepada tenaga. Diabetes Jenis 2:*sebanyak 90 hingga 95 peratus kes diabetes di Malaysia adalah diabetes jenis 2*pankreas menghasilkan kuantiti insulin yang mencukupi.*pesakit biasanya mempunyai tahap kolesterol yang tinggi,hipertensi dan obesiti.*berpunca daripada gaya hidup tidak sihat,obesiti,diabetes gestasi ( diabetes semasa mengandung),sejarah keluarga dan berumur lebih 40 tahun. kosmo

Orang gemuk ramai hidap diabetes

Masih ramai penduduk di negara ini tidak menyedari berat badan berlebihan menyumbang kepada penyakit diabetes atau kencing manis.


Hasil soal selidik yang dijalankan oleh Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sepanjang September dan Oktober lalu terhadap 100 pesakit diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2 yang sedang dirawat di hospital itu mendapati 62 peratus pesakit yang mengalami obesiti disahkan menghidap diabetes.

Ketua Unit Diabetes dan Endokrinologi PPUKM, Prof. Dr. Nor Azmi Kamaruddin berkata, perkaitan antara obesiti dan diabetes perlu ditonjolkan secara lebih agresif bagi menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup aktif dan pemakanan seimbang.