KLIKKLIK

TEMUJANJI | TAIROD | PESAKIT LUAR | HOSPITAL BUKIT MERTAJAM


Status TAIROD DAN ANDA (1)

Assalamualaikum .
Jam 2 ptg hari ni, sekali lagi apoiment dengan doktor. Tak ada tekanan sangat,sebab dah stabil dan hanya perlu rujuk kepada bahagian pesakit luar saja.

Cumanya, hari ini nak dapat result ujian darah setelah setahun setengah tidak buat apa-apa ujian darah untuk tairod.Sepatutnya setiap 6 bulan sekali atau setahun sekali kena buat ujian darah untuk tairod ni.

Dan hari ini juga,Kpah akan cuba untuk mendapatkan pendapat dari doc berkenaan dengan 'sisa Kalenjar Tairod ' kpah yang dikatakan masih aktif lagi.

Mesti ada yg nak tahu, okey lah..kpah cerita sikit.

Semasa ujian darah, doc dapati Hormon Tairod kpah naik tinggi sangat. Sudah menjadi Hypertairod . Maka doc pesakit luar,telah menukar thyroxine kepada carbimazole. Mungkin doc tidak membaca rekod perubatan kpah,iaitu kpah hypotairod kekal dan ubat wajiblah thyroxine.Pada masa itu,kpah belum ada pengetahuan tentang ubat2 tu.Bila ubat bertukar,kpah jadi lemah kaki. Hendak berjalan pun hanya mampu lima langkah saja.Pergi ke hospital,doc arahkan kembali kepada klinik Pakar.

Kemudian, Pakar arahkan kpah buat Nuclear Scan. Cecair Rai disuntik pada tangan ( kebanyakan org yg kena ni,kata sakit...dan mmg sakit pun..panas terasa merayap di bawah kulit). Masa yang di ambil utk buat scan saja,selama lebih dua jam... Minum air lima gelas..kemudian scan. Stop scan,kemudian di suruh buang air kecik dan minum air lagi lima gelas. Scan lagi. Tiga kali round..mcm tu lah. Selepas Nuclear Scan,kuarantin 4 hari di rumah.

Result, doc dapati ada sisa Kalenjar Tairod yang berukuran 3mm dan masih aktif. Pakar cadangkan supaya buat pembedahan utk buang sisa tersebut. Tetapi,bagi tempuh untuk 'tunggu dan lihat' dengan terus makan Thyroxine . Kata doc, ' major operation for a very small cell...'

Selepas tu,setiap dua minggu kena ambik darah. Dos ubat di ubah setiap kali dapat result. Sehingga tiga bulan,barulah doc berpuas hati dengan result darah dan serasi dengan dos ubat yg diberi.

Akhirnya,dipindahkan ke pesakit luar utk teruskan rutin rawatan,dengan pesanan..Hormon Tairod jgn bagi naik jadi Hypertairod . Sbb itulah..bagilah gajah rimau produk pun..kpah tak akan ambik.. Takut Hormon Tairod kacau bilau.

Dari apa yang berlaku kepada kpah, walaupun dah buang semua Kalenjar Tairod ,tapi masih ada sisa lagi. Syukur jugak ia bukan dari jenis membesar. Sekiranya membesar, pasti akan kena operation segera.

Memang ada kes yg kpah pernah dengar,tentang ketulan yg tumbuh balik dan membesar walaupun dah buang semua. Jadi kena pekalah kepada result Hormon Tairod anda.... Ikutlah nasihat doc . sekiranya perlu buat operation lagi, buatlah dengan segera.

Tambahan: Thyroxine bukan sahaja ubat utk Hormon Tairod ,ia juga utk susutkan bengkak leher ( tertentu ) dan juga untuk mencegah sel2 kanser daripada merebak. Jadi jgn skip ubat...


~ kpah k-poh ~23/3/16

2 comments:

Unknown said...

Salam k.pah..
Saya dah jalani rawatan minum ri kali kedua bulan 12. Masalahnya saya dh ter'accident' dgn isteri saya bulan 2 dan skrg ada tanda2 mcm nk hamil..apa saya perlu buat?
Risaunya...

kpah k-poh Sharifahnor said...

Maksud teraccident tu...err... Ada doc bgtau kena pantang jgn bagi isteri mengandung dlm 6 bulan lepas ambik RAI tak? Kesan Rai tu akan hilang dlm masa 8 hari slps ambik. Maksudnya...kesan rai tu dah lemah lepas 8 hari. Kalau ambik dos tinggi..utk kanser tairod...kena pantang mengandung 6 bulan. Kalau ambik dos rendah, kena pantang mengandung dlm tiga bulan gitu.
Apa kata rujuk kepada doc yer. InsyaAllah ...tidak ada apa2 mudarat tu. Ramai jugak yg termengandung semasa tempuh menunggu rai. Ada masuk grup fb TAIROD DAN ANDA tak?