KLIKKLIK

KENAPA PERLU MAKAN PIL KALSIUM | TIROID DAN ANDA (ORI)

Copy paste Dari Blog : 

Dr. Muhammad Hafiz Sulaiman 

(Bukan Hafiz Sulaiman yer..kebetulan nama sama) 


antara faktor kenapa perlu makan pil kalsium ialah, sewaktu pembedahan kelenjar tiroid, kelenjar PARATIROID juga turut dibuang oleh pakar bedah. walaupun ia boleh dielakkan, namun adalah sukar untuk elakkan dari memotong kelenjar PARATIROID. 


oleh sebab kelenjar paratiroid berfungsi mengekalkan paras kalsium dalam darah, individu yang kehilangan kelenjar ini perlu dapatkan kalsium dari luar. Jadi besar kemungkinan anda perlu makan pil tersebut seumur hidup atau mendapatkan rawatan gantian hormon. 


Cuba ketuk bahagian bawah tepi mata (lebih kurang 4 cm dari mata)menggunakan hujung jari, jika muka menghasilkan reflex maka anda sememangnya kekurangan kalsium walaupun setelah memakan pil (aktiviti mengetuk ini dinamakan -chvostek sign). 


Jadi kemungkinan keberkesanan pil boleh dipertikaikan. Ini mungkin terjadi kerana pil tersebut mungkin kurang diserap 

dalam badan (akibat kurang paratiroid dan vitamin D dll) jadi anda perlu berbincang dengan doktor cara lain memasukkan kalsium dalam darah anda / menggunakan pil yang lain.

(update: blog tidak ditemui) 

Kpah: sila bukak youtube utk lihat cara nak buat CHVOSTEK SIGN) 

No comments: